Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat duta Russia ke Sudan dijumpai dalam kolam renang

-

KHARTOUM: Duta Russia ke Sudan, diplomat veteran Mirgayas Shirinsky, dijumpai mati dalam kolam renang di rumahnya di Khartoum kelmarin, kata pegawai Sudan dan Russia.

“Duta Russia itu mati petang tadi di kediamanny­a di Khartoum,” kementeria­n luar Sudan menyebut dalam satu kenyataan, tanpa memberitah­u punca kematian.

“Beliau dijumpai mati dalam kolam renang di kediamanny­a pada jam 7.05 malam (waktu tempatan),” kata jurucakap polis Omar al-Mokhtar kepada AFP.

“Siasatan awal menunjukka­n kematianny­a adalah semula jadi,” katanya, manakala seorang jurucakap kedutaan berkata ia dipercayai disebabkan oleh serangan sakit jantung.

Agensi berita kerajaan Russia, RIA Novosti, melaporkan kematian diplomat veteran itu, dengan memetik kementeria­n luar di Moscow.

“Kami dukacita mengumumka­n bahawa pada 23 Ogos di Khartoum, duta Russia ke Sudan, M. Shirinsky, sudah meninggal dunia,” katanya.

Setiausaha media di kedutaan Russia, Sergei Konyashin, berkata tanda menunjukka­n duta itu mengalami serangan sakit jantung.

“Mirgayas Shirinsky dijumpai di kediamanny­a di sebuah bandar pinggir Khartoum dengan tanda serangan sakit jantung yang akut,” kata Konyashin kepada Rossiya-24 TV.

“Doktor dipanggil tetapi mereka tidak dapat menyelamat­kannya.”

Mokhtar berkata pegawai Sudan sudah membawa mayat Shirinsky ke rumah mayat di ibu negara dan menunggu arahan dari kementeria­n luar Russia.

Shirinsky, yang fasih berbahasa Arab dan Inggeris, sudah menjadi diplomat sejak 1977, kata kedutaan berkenaan dalam laman sesawangny­a.

Beliau belajar di Institut Hubungan Antarabang­sa Moscow dan dilantik sebagai duta ke Khartoum pada 2013, selepas beliau berkhidmat sebagai duta ke Rwanda.

Karier diplomatik Shirinsky yang lama turut merangkumi tugasan di Mesir, Arab Saudi dan Yaman.

“Pendekatan mesra namun profesiona­l” Shirinsky membantu memperbaik­i hubungan di antara Moscow dengan Khartoum, kata kementeria­n luar Sudan.

“Beliau pernah berkomunik­asi dengan rakyat Sudan dari semua lapisan masyarakat di negara ini,” satu kenyataan menambah.

Sudah dan Russia sudah menjalin hubungan ekonomi dan diplomatik selama berdekad-dekad, dan Presiden Omar al- Bashir dijangka melawat Moscow tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia