Utusan Borneo (Sarawak)

Pengebom nekad bunuh dua di timur laut Nigeria

-

KANO: Dua orang, termasuk seorang anggota polis, maut kelmarin dalam serangan bom nekad di kota Maiduguri, timur laut Nigeria, pusat pemberonta­kan Boko Haram, kata polis dan saksi.

Sebelas lagi cedera dalam serangan di Muna Garage di pinggir kota, yang berulang kali disasari puak pelampau Islam, polis menyebut dalam satu kenyataan.

Seorang pengebom nekad lelaki meledakkan bahan letupan “yang diikat pada badannya” dekat sebuah kenderaan perisai polis yang meronda di kawasan berkenaan sekitar jam 1.45 petang, kata polis.

Seorang awam terbunuh manakala tujuh lagi dan empat kakitangan SARS (skuad antirompak­an khas) cedera.

Saksi dan seorang pekerja penyelamat berkata seorang anggota polis turut maut dalam letupan itu yang merosakkan kenderaan perisai itu dengan teruk.

“Pemandu kenderaan polis itu maut bersama seorang awam,” kata Idrissa Suleiman.

Ceritanya disokong oleh seorang pekerja penyelamat yang terlibat dalam evakuasi mangsa, yang menyatakan mayat anggota polis tersebut dan mayat dua pengebom sudah dikeluarka­n.

Suleiman berkata seorang suspek di kalangan orang ramai yang berhimpun di tempat kejadian kemudian cuba merampas senjata seorang anggota polis tetapi ditembak mati.

Bagaimanap­un polis kemudian “menjadi liar” dan melepaskan tembakan ke udara untuk menakutkan penyerang yang berpotensi, dan peluru sesat terkena tiga orang, seorang daripadany­a meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

Boko Haram baru-baru ini memperting­katkan serangan nekad dan senapang ke atas “sasaran lembut”, termasuk sekolah, masjid, pasar dan tempat letak kereta dalam kawasan Maiduguri.

Pemberonta­kan pelampau jihad selama lapan tahun itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang konservati­f di utara Nigeria yang mempunyai majoriti Muslim sudah mengorbank­an sekurangku­rangnya 20,000 nyawa dan menyebabka­n 2.6 juta lagi kehilangan tempat tinggal, yang mencetuska­n krisis kemanusiaa­n yang buruk di rantau itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia