Utusan Borneo (Sarawak)

Bot karam di lembah Amazon, 10 maut

-

SAO PAULO: Sekurangku­rangnya 10 orang disahkan mati manakala puluhan lagi dikhuatiri hilang di utara Brazil selepas sebuah bot karam pada malam Rabu di lembah Amazon, kata kerajaan tempatan kelmarin.

Penyelamat bergegas ke tempat kejadian di Sungai Xingu di negeri utara Para, yang bersempada­n dengan sebahagian Sungai Amazon yang panjang dan mengandung­i beberapa anak sungai yang besar.

Setakat petang kelmarin, hanya 19 orang sahaja sudah diselamatk­an, menurut laman berita G1.

Senarai daftar penumpang yang tepat tidak ada, kata pihak berkuasa, tetapi kirakira 70 orang dipercayai me- naiki bot terbabit ketika ia karam dekat Ponta Negra.

Maklumat segera tiada mengenai punca kecelakaan itu, tetapi akhbar Folha de Sao Paulo berkata teori bahawa ia dilanda taufan sedang dipertimba­ngkan.

“Usaha mencari sedang diteruskan di atas dan di bawah air. Ia adalah kawasan yang sukar diakses dan daripada tiga pesawat yang kami hantar, satu di sana hanya untuk bertindak sebagai pangkalan komunikasi,” kata Kolonel Augusto Lima, dari Jabatan Bomba Para, kepada Folha.

Mangsa yang diselamatk­an keluar dengan berenang, organisasi berita Globo melaporkan, dan menyatakan bot itu karam kira-kira 500 meter dari tebingan sungai. Feri, kapal nelayan dan kapal komersil besar menelusuri saluran air Amazon sebagai salah satu bentuk pengangkut­an utama di wilayah yang tidak mempunyai banyak jalan.

Kapal dalam insiden yang membawa maut itu meninggalk­an pelabuhan Santarem untuk belayar ke Vitoria de Xingu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? MALANG: Penyelamat kelmarin mengeluark­an mayat penumpang dari bot yang karam pada malam Selasa ketika berlayar di sungai Xingu dari Santarem ke Vitoria de Xingu di negeri Para, di utara Brazil, menyebabka­n 10 orang maut, kata pihak berkuasa tempatan.
— Gambar AFP MALANG: Penyelamat kelmarin mengeluark­an mayat penumpang dari bot yang karam pada malam Selasa ketika berlayar di sungai Xingu dari Santarem ke Vitoria de Xingu di negeri Para, di utara Brazil, menyebabka­n 10 orang maut, kata pihak berkuasa tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia