Utusan Borneo (Sarawak)

Angka korban Hato meningkat kepada 16

-

MACAU: Bilangan kematian akibat Taufan Hato meningkat sekurang-kurangnya kepada 16 semalam setelah taufan itu menyebabka­n kemusnahan di selatan China, memutus bekalan elektrik ke kasino mega di Macau, dan membadai bangunan pencakar langit di Hong Kong.

Lapan maut di hab perjudian Macau, di mana media tempatan menunjukka­n kereta ditenggela­mi air dan orang berenang di sepanjang apa yang biasanya adalah jalan. Kasino mega yang masyhur di wilayah itu beroperasi menggunaka­n generator sokongan.

Seorang lelaki maut selepas dicederaka­n oleh dinding yang tumbang, seorang lagi terjatuh dari teres tingkat empat manakala seorang lagi adalah pelancong dari China yang dilanggar oleh trak.

Kerajaan Macau berkata dua mayat dijumpai di sebuah tempat letak kereta yang ditenggela­mi air awal semalam, tetapi maklumat mengenai mangsa lain di sana tidak dapat diperolehi segera.

Rakaman yang diterbitka­n semalam dalam laman sesawang Apple Daily menunjukka­n air deras memasuki sebuah tempat letak kereta bawah tanah, dan orang menempuh air setinggi paras leher yang dikotori puing manakala seorang lelaki menjerit dengan panik. Ia tidak jelas sama ada ia adalah tempat letak kereta yang sama di mana mayat-mayat tersebut dijumpai.

“Saya tidak pernah melihat Macau seperti ini sejak saya datang ke sini pada zaman 70an,” kata seorang pemandu teksi dalam lingkungan usia 50-an, yang memberi namanya sebagai Lao, kepada AFP.

Dia menambah dia berasa pihak berkuasa bertindak terlalu perlahan dan tidak melakukan secukupnya untuk memaklumka­n penduduk tentang taufan yang akan melanda.

“Ia seperti mereka cuba berjudi dengan nasib baik mereka kerana Macau pernah bernasib baik sebelum ini,” tambahnya, dan berkata masa tidak mencukupi bagi penduduk untuk menyediaka­n atau membeli barang runcit.

Resort kasino Venetian yang luas dan besar di wilayah itu menggunaka­n tenaga elektrik sokongan kelmarin dan tidak ada pendingin hawa atau cahaya yang elok, menurut satu sumber.

Seorang anggota kakitangan di Hotel Grand Lisboa, tengah Macau, memberitah­u AFP semalam bahawa ia masih belum ada bekalan elektrik dan air dan restoran serta kasinonya ditutup selepas taufan melanda.

Industri perjudian di kota itu menjana pendapatan melebihi 220 bilion patacas (RM122.8 juta) pada 2016, lebih separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunannya, ketika ia menerima kunjungan lebih 30 juta pelawat.

Pemberita AFP melihat puing bertaburan di atas jalan, manakala sebuah kontena perkapalan terdampar di sebuah lebuh di hadapan sebuah tokong.

Penduduk yang membawa baldi plastik turut kelihatan berbaris untuk air dari pili bomba.

Perkhidmat­an feri antara Macau dan Hong Kong di- sambung pagi semalam tetapi penumpang berkata mereka mengalami kelewatan.

Di Hong Kong, Hato – yang bermaksud “merpati” dalam bahasa Jepun – mencetuska­n amaran Taufan 10 yang paling buruk, hanya kali ketiga taufan sekuat ini membadai hab kewangan itu sejak 20 tahun lalu.

Bandar raya berkenaan mungkin mengalami kerugian bernilai HK$ 8 billion (RM4.59 bilion),kata profesor ekonomi di Universiti China Hong Kong, Terence Chong, kepada AFP, yang merujuk kepada nilai KDNK hariannya.

Lebih 120 cedera apabila wilayah itu dibadai oleh ribut hurikan dan hujan lebat. Bagaimanap­un, seorang lelaki berusia 83 tahun, yang sebelum itu disangka menjadi mangsa cuaca, sebenarnya membunuh diri sewaktu taufan berlaku.

Di wilayah Guangdong, selatan China, sekurangku­rangnya lapan orang maut, lapor badan penyiaran kerajaan CTV, manakala kira-kira 27,000 lagi dipindahka­n ke pusat perlindung­an sementara, kata agensi berita rasmi Xinhua. Hampir dua juta isi rumah terputus bekalan elektrik buat seketika.

CCTV berkata empat kematian di tanah besar berlaku di Zhuhai, tiga di Zhongshan dan satu di Jiangmen. Di Zhuhai, yang bersempada­n dengan Macau, kirakira 175 rumah runtuh, dan taufan itu menyebabka­n kerosakan yang dianggarka­n bernilai 5.5 bilion yuan (RM3.72 bilion), menurut akhbar kerajaan Beijing News.

Hong Kong dan wilayah sekitar kerap dilanda taufan antara Julai hingga Oktober.

Bandar raya itu menyaksika­n taufan paling kuat pada 1962 apabila pusat Taufan Wanda melintas dan ribut selaju 284 kilometer sejam direkodkan.

Ia mengorbank­an 130 nyawa dan menyebabka­n 72,000 lagi kehilangan tempat tinggal di Hong Kong sahaja.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TUMBANG: Pelancong China berehat di sebelah pokok yang tumbang di luar kedai barang kemas selepas Taufan Hato membadai Macau di China, semalam.
— Gambar Reuters TUMBANG: Pelancong China berehat di sebelah pokok yang tumbang di luar kedai barang kemas selepas Taufan Hato membadai Macau di China, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia