Utusan Borneo (Sarawak)

‘Reputation’ terbaru daripada Taylor Swift, Nov depan

-

Taylor Swift, salah seorang bintang pop paling laris sejak beberapa tahun yang lalu, pada Rabu lepas mengumumka­n album baharu, ‘Reputation’, yang akan dikeluarka­n pada 10 November.

Penyanyi berusia 27 tahun itu, yang pada minggu ini berkongsi video kriptik seekor ular yang menunjukka­n taringnya, tidak mendedahka­n apa-apa lagi mengenai album studionya yang keenam dengan lagu single pertama dikeluarka­n Khamis berjudul ‘Look What You Made Me Do’.

Dia turut memaparkan seni cover album itu dalam media sosial, dengan Swift yang merenung ke depan di hadapan gelendong kertas akhbar di mana namanya ditulis tanpa henti.

Sementara Swift tidak memberi sebarang petunjuk mengenai bunyi atau tema ‘Reputation’, imej umum sudah lama menjadi salah satu topik kegemarann­ya dengan sifat lirik yang menggambar­kan persepsi mengenainy­a dalam media.

Swift, yang bermula sebagai seorang remaja yang memetik gitar sambil menyanyika­n lagu country gubahannya sendiri, beralih kepada stail pop yang lebih aliran utama dalam album terakhirny­a, ‘1989’, yang keluar pada 2014 dan dinamakan sempena tahun kelahirann­ya.

‘1989’ menjadi album paling cepat dijual di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sedekad, tetapi jualannya ditewaskan setahun kemudian oleh album ‘25’ daripada penyanyi balada Inggeris, Adele.

‘1989’ turut memenangi anugerah Grammy bagi Album Terbaik, menjadikan Swift wanita pertama sebelum Adele untuk memenangi hadiah tertinggi dalam industri muzik sebanyak dua kali.

Swift kembali menjadi berita utama pada minggu lepas apabila dia menang dalam tuntutan mahkamah terhadap seorang DJ radio di Denver yang menurutnya meraba punggungny­a sewaktu satu kesempatan bergambar pada 2013.

Penyanyi itu, yang menganggap diri seorang feminis, memberi derma selepas insiden itu kepada sebuah badan amal kebajikan yang menyokong mangsa serangan seksual.

Walaupun dia tenang ketika dia mendedahka­n pengalaman­nya kepada orang ramai, ia belum diketahui sama ada albumnya menangani isu sosial yang lebih luas ataupun tidak. yang lebih konservati­f dengan asal-usul countrynya, selama ini menjauhkan diri dari komentari politik pada waktu ramai selebriti lain menghentam Presiden AS Donald Trump.

Swift menarik tumpuan dengan ‘1989’ apabila dia menjauhkan diri dari Spotify, dengan menuduh gergasi striming itu menipu artis, tetapi dia menamatkan boikot pada

Julai lepas.

 ??  ??
 ?? — AFP ?? Swift, yang menawan peminat di bahagian AS
— AFP Swift, yang menawan peminat di bahagian AS
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia