Utusan Borneo (Sarawak)

SEB mahu operasi bergerak seiring dengan visi ekonomi digital

-

KUCHING: Perbadanan penjanaan dan pembekalan tenaga, Sarawak Energy Bhd (SEB) mahu operasinya bergerak seiring dengan visi ekonomi digital yang didukung oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Pengurus Kanan Kecemerlan­gan Perkhidmat­an dan Komunikasi Pejabat Ketua Eksekutif Syarikat SESCo Bhd Ahadiah Zamhari berkata, transforma­si ini diperlihat­kan dalam salah satu daripada objektif aras tinggi SEB, iaitu mencapai indeks kepuasan pelanggan 80 peratus dan ke atas menjelang tahun 2020.

“Di sinilah bahagian saya berfungsi, iaitu menjadi penghubung di antara SEB dan pelanggan.

“Pelbagai langkah telah kami atur untuk transforma­si ini. Bagi kami, peralihan kepada ekonomi digital juga bermaksud pengubahsu­aian dalam SEB bukan sahaja dari segi khidmat pelanggan, bahkan juga transforma­si budaya kerja di perbadanan ini serta anak syarikatny­a seperti SESCo,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berucap pada pembukaan ceramah ‘Inisiatif Khidmat dan Pengalaman Pelanggan Dengan Inovasi Teknologi’ bersama media di Menara Sarawak Energy di sini semalam.

Taklimat berkenaan dikendalik­an Pengurus Pusat Perkhidmat­an Pelanggan SEB Christina Lai.

Kata Ahadiah lagi, perhubunga­n pelanggan era baharu ini tidak tersekat sekadar menyampaik­an perkhidmat­an dan maklum balas dengan lebih pantas dan tepat, malah ia memberi lebih kuasa kepada pengguna.

“Ini adalah seiring dengan visi ekonomi digital, di mana para pengguna memiliki akses yang lebih meluas kepada perkhidmat­an SEB seperti pembayaran bil, pertanyaan mengenai pembekalan tenaga bahkan juga aduan.

“Sebagai pembekal tenaga, semestinya ada pengguna yang tidak berpuas hati dengan sesetengah perkhidmat­an, namun bagi kami maklum balas daripada mereka adalah sangat penting,” jelasnya.

Buat masa sekarang, Ahadiah menyatakan sasaran indeks kepuasan pelanggan SEB ialah 82 peratus dan ke atas.

“Terkini, indeks kami adalah di paras 77 peratus dan kami harap paras ini akan terus meningkat saban tahun.

“Senarai ‘target’ adalah meluaskan titik sentuh di antara SEB dan pengguna, memperkuas­akan pengguna untuk meninjau dan menggunaka­n sepenuhnya aplikasi tanpa talian SEB,” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia