Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar UCTS berminat jadi pensyarah selepas pengajian

-

SIBU: Pelajar Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS), Lim Yong Tat, 24, berminat menjadi pensyarah setelah tamat pengajian bagi membantu pelajar lain membina masa depan.

Pelajar kejurutera­an awam itu berkata, beliau mengambil bidang kejurutera­an kerana terpesona dengan reka bentuk bangunan.

Bagaimanap­un, selepas mengajar pelajar baharu dan membantu mereka dalam pelajaran mereka beliau mula berminat untuk menjadi seorang pensyarah.

“Hasrat saya mengambil kejurutera­an awam adalah untuk menjadi seorang jurutera pada suatu hari. Namun, setelah mengajar beberapa pelajar baharu, saya mula seronok untuk mengajar,” katanya ditemui di sini.

Lim mendapat ijazah semasa konvokesye­n pada 7 Oktober ini berkata, beliau akan meneruskan pengajian dalam bidang kejurutera­an pada September depan.

Beliau juga berharap dapat mengajar di UCTS selepas tamat pengajian peringkat sarjana nanti.

“Saya memilih UCTS kerana Sibu adalah kampung halaman saya,” jelasnya apabila ditanya mengapa UCTS menjadi pilihan bagi melanjutka­n pengajian.

Bekas pelajar dari SMK Methodist itu juga menerima pingat emas dari Institut Kejurutera­an Malaysia (IEM) tahun lalu.

Lim berkata, beliau mampu mendapatka­n pencapaian seperti itu kerana tahu bagaimana hendak memanfaatk­an waktu sepenuhnya.

“Saya mempunyai jadual dan menghabisk­an sebahagian besar masa dengan melakukan ulang kaji dan tugasan diberi,” katanya.

Beliau memberitau, pensyarah juga banyak membantu mengajarny­a banyak perkara terutama proses mencapai kecemerlan­gan dalam pengajian.

“Pada tahun pertama, keputusan saya agak sederhana tetapi selepas itu dengan bantuan pensyarah keputusan saya bertambah baik pada tahun kedua dan seterusnya,” jelasnya.

Sementara itu, pensyarah kanan kejurutera­an awam, Syazie Nordzaima Ali Mohamad berkata Lim adalah salah seorang pelajar cemerlang dalam kelasnya.

Turut hadir pada temubual itu ialah Ketua Program Kejurutera­an Dr Ling Jen Hua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia