Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat mencintai negeri, negara harus dirasai secara berterusan

-

KUCHING: Semangat mencintai negeri khasnya dan negara amnya seharusnya tidak hanya dibangkit dan dirasai pada musim sambutan Hari Kemerdekaa­n sematamata, kata Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Sebaliknya, menurut beliau, ia harus dirasai secara berterusan dan lebih menghayati­nya menerusi sambutan Hari Kemerdekaa­n yang diadakan pada 31 Ogos setiap tahun.

Malah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu, tarikh penting yang melibatkan sejarah negara juga hendaklah dikongsi dengan anak-anak dari awal usia lagi.

“Tarikh bersejarah ini harus diterap dan dimaklumka­n kepada anak-anak kita supaya mereka mengingati­nya sampai bila- bila dan akan diwariskan kepada generasi akan datang.

“Malah dengan menghayati sambutan Hari Kemerdekaa­n ini juga, kita yakin, semangat kekitaan dan mencintai negara ini, khasnya dalam kalangan rakyat akan terus mekar dan subur dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Pulo 2017, di sini kelmarin.

Malah, ibu bapa dan guru juga disaran terus menerapkan semangat kepada anakanak dalam usaha mencintai tanah air.

“Selain itu, ibu bapa dan guru juga hendaklah bergabung tenaga untuk menjaga anak-anak supaya pembesaran mereka diasuh dengan ilmu dunia dan akhirat supaya mereka tidak terumbanga­mbing apabila dewasa kelak.

“Malah kita juga harus memastikan mereka menjadi anak muda yang terus mencintai negara sampai bila-bila sehinggala­h ke generasi-generasi seterusnya,” jelasnya.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman juga mahu masyarakat di kampung menganjurk­an aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaa­n bagi mencetuska­n lagi semangat patriotism­e sesama masyarakat.

Semangat patriotism­e amat penting, katanya kerana untuk meneruskan kepimpinan yang dihormati, ia hendaklah bermula dari masyarakat sehinggala­h ke kepimpinan tertinggi negara dan negeri.

 ??  ?? PATRIOTIK: Dr Abdul Rahman (berdiri, tengah) merakam kenangan bersama barisan guru dan murid SK Pulo pada pelancaran Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Sekolah di Kuching, kelmarin.
PATRIOTIK: Dr Abdul Rahman (berdiri, tengah) merakam kenangan bersama barisan guru dan murid SK Pulo pada pelancaran Bulan Kemerdekaa­n Peringkat Sekolah di Kuching, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia