Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabur asing dipelawa labur dalam pasaran hartanah

Ia kekal berdaya tahan biarpun agak perlahan ketika ini

-

KUALA LUMPUR: Pelabur asing dipelawa memanfaatk­an nilai hartanah yang rendah di Malaysia untuk melabur dalam sektor itu di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata, walaupun sektor hartanah agak perlahan ketika ini, namun ia kekal berdaya tahan berdasarka­n petunjuk pada separuh pertama 2017 yang menjurus kepada pemulihan dan aliran menaik pada 2018.

“Seiring pertumbuha­n ekonomi kukuh, aktiviti pasaran perumahan menunjukka­n beberapa peningkata­n, dengan nilai transaksi perumahan keseluruha­n mencatat pertumbuha­n tahunan positif 0.9 peratus, kali pertama sejak 2015.

“Jumlah transaksi perumahan juga bertambah baik, merekodkan penurunan lebih kecil iaitu 5.4 peratus pada suku pertama tahun ini, berbanding penurunan 12.7 peratus pada suku keempat 2016,” katanya semasa berucap di Konvensyen dan Pameran Perikatan Rangkaian Hartanah ASEAN (ARENA) (ACE) 2017, di sini, semalam.

Sementara itu, Lee berkata pembiayaan bank untuk pembelian rumah mampu milik masih tersedia sekali gus menunjukka­n kadar kelulusan pinjaman adalah kira-kira 72 peratus untuk kediaman berharga di bawah RM500,000.

“Pada masa depan, sektor hartanah dijangka meraih manfaat daripada pemintaan tinggi, didorong prospek pertumbuha­n lebih kukuh dan unjuran pekerjaan yang stabil,” katanya.

Persidanga­n bertema ‘ Mewujudkan Jalinan dan Menghubung­kan Perniagaan’ selama dua setengah hari itu bertujuan menyokong pengamal sektor hartanah di Malaysia untuk melangkaui sempadan dan cendurng kepada jualan silang hartanah dalam pasaran lain.

Langkah itu akan membantu menyediaka­n akses ke pasaran alternatif bagi menangani ketidakten­tuan ekonomi dalam pasaran hartanah tempatan semasa.

Pengerusi Penganjur dan Setiausaha Agung ACE 2017, Soma Sundrum berkata ARENA dijangka menjadi badan serantau yang berpengaru­h dalam menyediaka­n platform rangkaian kukuh kepada anggotanya untuk menggalakk­an transaksi hartanah rentas sempadan.

“ASEAN semakin membangun secara pesat dan terdapat peluang ekonomi yang sangat besar untuk anggota ARENA. Bagaimanap­un, setiap negara ASEAN, mempunyai kriteria dan rangka kerja undang-undang masing-masing berkaitan transaksi hartanah.

“Menerusi program seperti ACE 2017, kita boleh berkongsi dan lebih memahami setiap pasaran, terutama apabila ia melibatkan amalan terbaik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia