Utusan Borneo (Sarawak)

Dua bot karam dalam dua hari, 39 maut

Anggota penyelamat Brazil masih mencari beberapa penumpang yang hilang

-

SALVADOR: Dua kemalangan feri Brazil dalam tempoh beberapa hari lepas telah menyebabka­n sekurang- kurangnya 39 nyawa terkorban, kata pihak berkuasa kelmarin, ketika anggota penyelamat mencari beberapa orang lagi yang masih hilang.

“Kami berasa sangat kesal dengan kehilangan berpuluhpu­luh nyawa dalam kemalangan bot di Para dan Bahia,” dua wilayah di utara negara, menurut Presiden Michel Temer di dalam Twitter.

Pihak berkuasa wilayah di negeri utara tengah Para menyatakan 21 orang telah disahkan meninggal dunia setakat ini selepas sebuah bot karam di sungai Xingu pada Selasa lepas.

Kapal tersebut, Capitan Ribeiro, mempunyai 49 orang di dalamnya, 23 daripada mereka telah diselamatk­an.

Pasukan kecemasan masih mencari lima orang lagi, menurut jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian berasingan, pihak tentera laut menyatakan 18 orang terkorban apabila sebuah feri karam pada awal kelmarin di luar negeri timur laut Bahia.

Komander tentera laut Flavio Almeida telah menurunkan angka kematian dalam kemalangan itu daripada kiraan awal seramai 22 orang.

Bot itu dilaporkan mempu- nyai sekurang-kurangnya 120 orang di dalamnya. Almeida memberitah­u AFP sekurangku­rangnya 21 daripada mereka telah diselamatk­an dengan cara rasmi, namun beliau menambah bahawa ramai lagi yang dipercayai telah diselamatk­an oleh beberapa kapal awam.

Bot tersebut sedang dalam perjalanan pendek dari pulau Itaparica di seberang teluk ke bandar Salvador, bandar utama bagi negeri Bahia, ketika ia karam akibat ribut.

“Ketika itu hujan... satu gelombang muncul dan bot itu terbalik. Terdapat ra- mai orang di dalam kapal,” seorang mangsa terselamat, Edvaldo Santos de Almeida, memberitah­u laman sesawang berita utama G1.

Komander tentera laut menyatakan beberapa kakitangan tentera terlibat dalam tugas menyelamat di kawasan tersebut.

Kerajaan negeri mengumumka­n hari berkabung selama tiga hari.

“Saya telah mengikuti secara peribadi operasi yang sukar ini sejak dari peringkat awal dan semua langkah telah diambil dengan segera,” menurut gabenor Bahia Rui Costa.

Dalam insiden di Para, di wilayah utara Amazon, mangsa terselamat memberitah­u media tempatan bahawa bot tersebut telah terperangk­ap dalam hujan ribut.

Kapal tersebut telah meninggalk­an pelabuhan Santarem dalam perjalanan ke Vitoria de Xingu.

Jabatan keselamata­n awam wilayah menyatakan 21 orang telah disahkan meninggal dunia dalam kejadian karam itu, termasuk dua kanakkanak.

Anggota penyelamat telah mencari mangsa lain yang hilang di sungai Xingu.

“Ia adalah sebuah kawasan yang sukar untuk dimasuki,” Kolonel Augusto Lima, dari perkhidmat­an bomba Para, dipetik sebagai berkata pada Rabu lepas oleh akhbar Folha de Sao Paulo.

Mangsa-mangsa yang diselamatk­an telah keluar dengan cara berenang, lapor berita Globo, menyatakan bot itu karam kira-kira 500 meter dari tebing sungai.

Beberapa feri, kapal nelayan dan kapal komersil yang besar menggunaka­n laluan air Amazon sebagai salah satu bentuk pengangkut­an utama di sebuah wilayah yang tidak mempunyai banyak jalan raya.

Kira- kira 1,160 nyawa telah terkorban dalam kemalangan di sungai-sungai di Amazon sejak 1981, lapor Folha. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERNASIB MALANG: Mayat salah seorang mangsa bot karam di timur laut negeri Bahia diangkat ke dalam bot Tentera Laut Brazil di Terminal Maritim Salvador, Negeri Bahia kelmarin.
— Gambar AFP BERNASIB MALANG: Mayat salah seorang mangsa bot karam di timur laut negeri Bahia diangkat ke dalam bot Tentera Laut Brazil di Terminal Maritim Salvador, Negeri Bahia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia