Utusan Borneo (Sarawak)

Pendakwa Mexico siasat ugutan terhadap wartawan dibunuh

-

COATZACOAL­COS: Pendakwa Mexico menyiasat ugutan yang dilakukan seorang ahli politik terhadap wartawan siasatan yang dibunuh Candido Rios, menurut seorang pegawai kelmarin, ketika rakanrakan wartawan membantah satu gelombang keganasan terhadap media.

Rios, yang berada di bawah perlindung­an kerajaan, ditembak mati pada Selasa lepas di wilayah kejam Veracruz, menyertai satu senarai yang menakutkan bagi lebih 100 wartawan yang dibunuh sejak 2000 di Mexico, salah sebuah daripada beberapa negara paling berbahaya di dunia untuk media.

Pihak berkuasa negeri telah mendapat kritikan kerana memutuskan pada awalnya bahawa tugas kewartawan­an beliau adalah satu motif.

Namun pendakwa raya sekarang menganalis­is sebuah video yang dikatakan menunjukka­n seorang ahli politik tempatan yang berkuasa mengugut wartawan itu, kata ketua Suruhanjay­a Untuk Melindungi Wartawan di Mexico, Jorge Morales.

Pendakwa raya “sedang melihat pada video terse- but sebagai satu elemen utama,” Morales memberitah­u AFP.

Video itu, ditular dalam media sosial, bertujuan untuk menunjukka­n bekas datuk bandar Gaspar Gomez bagi pekan Hueyapan de Ocampo telah mengugut untuk “memecah kepala (Rios).”

Keluarga Rios dan ketua penyunting­nya menyatakan beliau sebelum ini menjadi sasaran bagi serangan dan ugutan maut daripada Gomez, yang telah dituduh oleh wartawan tersebut beberapa kali bagi kegiatan rasuah di dalam laman akhbarnya, Diario de Acayucan.

“Pernah sekali (Gomez) dan anggota polisnya telah memukul beliau betulbetul di depan mata saya,” balu Rios, Hilda Nieves, memberitah­u AFP.

Rios telah terlibat dalam apa yang dikenali sebagai Mechanism to Protect Human Rights Defenders and Journalist­s, satu program kerajaan yang dilancarka­n pada 2012 bagi menghentik­an pembunuhan aktivis dan wartawan.

Ia telah dikritik dengan teruk kerana gagal untuk menghalang keganasan.

Kira-kira 50 wartawan membantah kelmarin di Kota Mexico, menuntut pihak berkuasa agar memperbaik­i program tersebut dan menambahka­n bajetnya, yang telah dikurangka­n daripada $2.1 juta pada 2013 kepada separuh sahaja pada tahun ini.

“Kami berasa sangat bimbang bahawa seorang yang dilindungi di bawah mekanisme tersebut telah dibunuh,” penganjur protes Alejandro Melendez, seorang wartawan foto, memberitah­u AFP.

Rios, 55, merupakan wartawan kedua di bawah perlindung­an kerajaan yang telah dibunuh, menurut kumpulan pemerhati media Article 19.

Lebih 90 peratus daripada pembunuhan wartawan di Mexico kekal tidak dihukum.

Rios merupakan wartawan ke-10 yang dibunuh pada tahun ini. Kebanyakan­nya telah melaporkan tentang kumpulan jenayah berkuasa dan kegiatan rasuah di dalam kerajaan.

Keganasan telah meningkat di sekitar Mexico sejak kerajaan mengumumka­n peperangan terhadap kartel dadah yang berkuasa di negara ini pada 2006. Lebih 380,000 dibunuh dan lebih 30,000 lagi hilang sejak itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia