Utusan Borneo (Sarawak)

BAJU KEMEJA TERAKHIR

Jackson peluk ibu bapa, mengalir air mata pada pertemuan terakhir mereka.

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Ibu bapa Jackson Nuing Awe, 7, sempat menghantar sehelai baju kemeja kegemaran yang dipesan murid tahun satu itu ke sekolahnya pada Ahad lalu.

Itulah kali terakhir mereka bersua.

Jackson meninggal dunia dipercayai akibat dibelasah seorang murid tahun enam di sebuah asrama sekolah di Kapit malam Isnin lalu.

“Itulah kali terakhir saya dan isteri berjumpa dengan anak bongsu kami ketika menghantar sehelai baju kemeja yang dipesannya melalui seorang bapa saudara yang bekerja sebagai pemotong rumput di sekolahnya,” kata bapa mangsa, Awe Lanyo, sebak ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Sibu, petang semalam.

Katanya, ketika pertemuan itu, Jackson terus memeluk mereka berdua sambil mengusap air mata, mungkin terlalu rindu.

“Apabila ditanya kenapa menangis, dia hanya diam mungkin terlalu gembira selepas mendapat baju kemeja yang dipesannya,” kata Awe.

Suasana di bilik mayat kelihatan murung tatkala ibu bapa serta sanak saudara mangsa bersabar menunggu proses bedah siasat yang dijalankan sejak jam 10 pagi semalam.

Jackson menghembus­kan nafas terakhirny­a ketika mendapat rawatan rapi di Hospital Sibu pada jam 3.30 petang Khamis lalu kerana kecederaan parah yang dialami.

Ayah dan ibunya, masingmasi­ng berusia 35 tahun, kelihatan begitu sedih atas kematian anak bongsu mereka sehingga sanggup bermalam di pekarangan rumah mayat sejak dua malam lalu.

Ketika ditanya, Awe memberitah­u Jackson merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga adik-beradik. Dua kakaknya berumur 14 tahun dan 10 tahun.

Menurutnya, kakak sulung mangsa tidak bersekolah lagi dan kini dijaga oleh adik iparnya, Mut Maleh, 31, yang tinggal di Flat Sibu Jaya dekat sini.

Menceritak­an detik menerima berita mengejutka­n itu pada 22 Ogos lalu, Awe memberitah­u seorang guru sekolah telah memaklumka­n kepadanya bahawa anaknya telah dibawa ke Klinik Desa di Nanga Merit kerana tidak sedarkan diri dan perlu dirujuk ke Hospital Kapit sebelum dihantar ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut.

Menurutnya lagi, Jackson dan kakaknya akan pulang ke rumah panjang mereka, Rumah Jamit, Sungai Pila, Nanga Merit iaitu sejauh 30 minit hingga satu jam perjalanan menaiki bot panjang dari sekolah mereka dua minggu sekali.

“Anak kami tidak pernah mengadu dia pernah diganggu atau dibuli oleh budak-budak lain di sekolahnya.

“Ini merupakan kali pertama dia mengalami kecederaan teruk selepas dibelasah budak tahun enam berkenaan sehingga menyebabka­n kematianny­a,” katanya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap selain menjadi petani.

Awe berkata, dia pernah bekerja sebagai buruh kasar ketika mengikut adik iparnya bekerja di Sibu dua bulan lepas tetapi terpaksa balik ke kampung untuk membaiki ‘bilik’ di rumah panjang.

Menurutnya, ini merupakan hari keempat mereka berada di Hospital Sibu dan telah ‘menunggu’ selama dua malam untuk menuntut mayat anaknya sebelum upacara pengebumia­n dapat dilakukan, mungkin pada Selasa depan.

“Saya berharap mayat anak saya dapat dibawa pulang pagi esok (hari ini) selepas proses bedah siasat ini selesai petang ini (semalam),” ujarnya sambil menambah bahawa urusan penghantar­an sehingga pengebumia­n anaknya akan diuruskan oleh pihak sekolah.

Sementara itu, proses bedah siasat dilakukan oleh pakar patologi Dr Norliza Ibrahim dari Kuching.

Kes tersebut diklasifik­asikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, keputusan bedah siasat hanya diumumkan dalam masa terdekat ini.

 ??  ?? P1 SUGUL: Awe ketika menunggu proses bedah siasat di luar rumah mayat Hospital Sibu. P2. FOTO TERAKHIR: Gambar mangsa yang diambil ketika duduk di atas motosikal di hadapan rumah panjang mereka menjadi penghias telefon bimbit ayahnya.
P1 SUGUL: Awe ketika menunggu proses bedah siasat di luar rumah mayat Hospital Sibu. P2. FOTO TERAKHIR: Gambar mangsa yang diambil ketika duduk di atas motosikal di hadapan rumah panjang mereka menjadi penghias telefon bimbit ayahnya.
 ??  ?? SABAR: Awe (kanan) bersama sanak saudara di pekarangan rumah mayat Hospital Sibu petang semalam.
SABAR: Awe (kanan) bersama sanak saudara di pekarangan rumah mayat Hospital Sibu petang semalam.
 ??  ?? FOTO TERAKHIR: Gambar Jackson yang diambil ketika duduk di atas motosikal di hadapan rumah panjang mereka menjadi penghias telefon bimbit ayahnya.
FOTO TERAKHIR: Gambar Jackson yang diambil ketika duduk di atas motosikal di hadapan rumah panjang mereka menjadi penghias telefon bimbit ayahnya.
 ??  ?? SUGUL: Awe ketika menunggu proses bedah siasat di luar rumah mayat Hospital Sibu.
SUGUL: Awe ketika menunggu proses bedah siasat di luar rumah mayat Hospital Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia