Utusan Borneo (Sarawak)

BAPA ROGOL ANAK SENDIRI DIREMAN HINGGA 1 SEPT

-

SARATOK: Polis menahan reman seorang lelaki berusia 48 tahun susulan kes rogol anak kandungnya di Saratok bermula semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, tahanan reman sehingga 1 September itu diluluskan oleh Pegawai Tadbir Negeri Laga Kuek di Mahkamah Majistret Saratok.

Urusan reman kes rogol yang didedahkan oleh anak gadisnya berusia 15 tahun itu diuruskan Ibu Pejabat Polis Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata, permohonan reman terhadap petani itu adalah untuk membolehka­n siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

“Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara dan dikenakan sebatan,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa menyembuny­ikan kejadian itu selama tiga tahun dan terbuka hati untuk menceritak­annya kepada gurunya semasa sesi kaunseling di sekolah pada 17 Ogos lepas.

Mangsa yang belajar di tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Saratok mendakwa dirogol oleh bapanya sejak berusia 12 tahun di sebuah pondok kebun sawit di Kampung Emplam, Kabong, Saratok pada 2014.

Dia mendedahka­n turut dirogol tujuh kali sejak 2014.

Kejadian rogol yang pertama dilaporkan berlaku dalam sebuah pondok di kebun sawit sejak mangsa berusia 12 tahun, manakala kejadian yang seterusnya berlaku di rumah mereka sendiri.

Suspek diberkas polis di rumahnya di Kampung Emplam susulan laporan polis dilakukan guru tersebut kelmarin.

 ??  ?? REMAN: Petani yang ditahan reman berhubung kes rogol anak kandung di IPD Saratok. — Gambar ihsan Polis Saratok.
REMAN: Petani yang ditahan reman berhubung kes rogol anak kandung di IPD Saratok. — Gambar ihsan Polis Saratok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia