Utusan Borneo (Sarawak)

LAYANAN, PELUANG SAMA RATA

Pencapaian wanita Sarawak dalam sektor kerajaan dan swasta tidak dapat dinafikan: KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Wanita Sarawak akan diberi layanan serta peluang yang sama rata untuk membangunk­an potensi diri mereka sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pencapaian kaum wanita di negeri ini dalam sektor kerajaan mahupun swasta tidak dapat dinafikan lagi.

“Seperti mana yang kita tahu, wanita juga telah menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan di mana kita sudah ada seorang Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dua Setiausaha Tetap Kementeria­n.

“Malah, kita juga mempunyai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita dalam syarikat kejurutera­an iaitu Limbungan Brooke yang mana bukan satu tugas mudah.

“Begitu juga di peringkat kerajaan pusat kita mempunyai wanita Sarawak yang menjawat jawatan tinggi di Jabatan Kastam, Pendidikan dan seorang lagi wanita Sarawak mengetuai satu unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Pencapaian ini adalah berdasarka­n merit dan bukannya jantina dan selagi saya Ketua Menteri saya akan memastikan anda (wanita) diberikan layanan sama rata bukan berdasarka­n jantina,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Abang Johari mahu lebih banyak program dan aktiviti dilaksanak­an bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai isu membabitka­n penganiaya­an wanita.

Statistik keganasan rumah tangga, perceraian dan juga jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak meningkat saban tahun, katanya.

Pencapaian ini adalah berdasarka­n merit dan bukannya jantina dan selagi saya Ketua Menteri saya akan memastikan anda (wanita) diberikan layanan sama rata bukan berdasarka­n jantina. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Justeru, katanya, masyarakat terutama wanita perlu ada kesedaran bahawa mereka layak untuk mendapat pembelaan sewajarnya.

Pada majlis itu, Abang Jo- hari turut melancarka­n buku ‘Sarawak Women in Sports’ serta menyampaik­an anugerah kepada tokoh-tokoh wanita 2017.

Anugerah tertinggi iaitu Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib disampaika­n kepada Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah yang merupakan isteri bekas Yang di-Pertua Negeri.

Anugerah Pencapaian Khas Dalam Bidang Sukan 2017 pula diberikan kepada Tania Hamid Bugo yang merupakan atlet renang negara serta pemegang rekod 13 pingat emas pada SUKMA III.

Christine Wee Yian Phing, Dora Abdul Rahman dan Audry Mariette Sylvie Wan Ullok pula masing-masing menerima Anugerah Ketua Menteri bagi Kepimpinan Wanita, Penggiat Sosial Wanita dan Usahawan Wanita, manakala Pertubuhan Kebajikan Wanita Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Sarawak menerima Anugerah Pertubuhan Wanita Cemerlang.

Turut hadir, isteri Ketua Menteri Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang, bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah serta yang lain.

 ??  ??
 ??  ?? RAI PENCAPAIAN: Abang Johari melancarka­n buku ‘Sarawak Women in Sports’ sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri 2017 di BCCK, semalam. Turut kelihatan Juma’ani (kiri), Tun Salahuddin dan Fatimah.
RAI PENCAPAIAN: Abang Johari melancarka­n buku ‘Sarawak Women in Sports’ sempena sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri 2017 di BCCK, semalam. Turut kelihatan Juma’ani (kiri), Tun Salahuddin dan Fatimah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia