Utusan Borneo (Sarawak)

PUKUL, LARIKAN KERETA JIRAN, TIGA DIBERKAS

-

KUCHING: Gara-gara didakwa jiran cuba pancitkan tayar kereta, dua beranak naik berang lalu mengamuk sebelum melarikan kereta jirannya itu dalam satu insiden di Jalan Green di sini pada 21 Ogos lalu.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar jam 8 pagi itu turut menyebabka­n jiran mereka iaitu lelaki berusia 30-an cedera apabila dipukul oleh kedua-dua suspek bersama seorang lagi rakan mereka dipercayai menggunaka­n kayu dan kapak.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila mangsa diberitahu oleh isterinya bahawa jiran mereka cuba membuang angin tayar kereta mereka menyebabka­n mangsa yang tidak berpuas hati terus berjumpa dengan jiran mereka untuk mengesahka­nnya.

“Bagaimanap­un, tindakanny­a itu hanya mengundang padah apabila dia sebaliknya dipukul oleh jirannya yang kemudian bertindak melarikan keretanya (mangsa),” kata sumber yang turut memberitah­u mangsa kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai semasa dihubungi mengesahka­n laporan tersebut dan memberitah­u pihaknya berjaya menangkap dua beranak terbabit bersama seorang lagi suspek di sebuah rumah di Batu Kawa.

“Susulan laporan tersebut, anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kita berjaya menangkap ketiga-tiga suspek berusia 32, 33 dan 62 tahun di sebuah rumah di perkampung­an setinggan Jalan Ngee Boon Kiung, Batu Kawa semalam (Jumaat) sekitar jam 3.30 petang.

“Hasil tangkapan membawa kepada penemuan semula kereta milik mangsa yang juga disembunyi­kan di rumah tersebut,” kata Abang Ahmad.

Ketiga-tiga suspek bersama kereta milik mangsa itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan lanjut.

“Selain itu keputusan ujian urin terhadap suspek berusia 32 dan 33 tahun didapati positif dadah jenis syabu dan masing-masing memiliki rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 395 dan 324 Kanun Keseksaan serta kes dadah.

“Manakala, suspek berusia 62 tahun itu didapati negatif dadah, namun pernah ditangkap bersabit kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” jelas Abang Ahmad.

Ketiga- tiga suspek masih ditahan di IPD Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabka­n kecederaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

“Selain itu turut disiasat di bawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara satu hingga tujuh tahun dan denda,” kata Abang Ahmad.

 ??  ?? DITANGKAP: Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di kawasan setinggan di Batu Kawa.
DITANGKAP: Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di kawasan setinggan di Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia