Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wira bomba kongsi kisah bertarung nyawa demi tugas

-

MIRI: Walaupun anggota bomba menghadapi risiko bahaya keselamata­n diri ketika bertugas, namun ia bukan penghalang untuk meneruskan khidmat demi nyawa orang awam.

Ia diakui sendiri oleh penerima Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Razali Junis.

Katanya, sepanjang bertugas selama 32 tahun, khidmat kepada masyarakat tidak mengira masa dan waktu apabila sesuatu panggilan kecemasan diterima.

Berkongsi pergalaman­nya, Razali mencerita pengalaman pernah menyelamat­kan mangsa terperangk­ap dalam kebakaran dalam sebuah rumah pada satu ketika dahulu.

“Jika berlaku sesuatu kebakaran sudah pastinya orang akan bertempiar­an lari menyelamat­kan diri dan kadang-kadang ada terperangk­ap dalam rumah kerana tidak sempat menyelamat­kan diri.

“Bomba akan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dan bertarung nyawa meredah kebakaran untuk menyelamat­kan mangsa terperangk­ap,” katanya.

Razali mengucapka­n terima kasih kepada JBPM kerana menghargai khidmat yang telah beliau beri sepanjang bertugas sebagai anggota bomba.

Beliau mula berkhidmat pada tahun 1985 pernah bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dan Lawas dan sekarang bertugas di BBP Miri.

Di samping itu seorang penerima anugerah sama iaitu pesara JBPM Masli Dollah, 56 berkata banyak perkara yang sukar diduga ketika berlakunya kecemasan sepanjang berkhidmat selama 30 tahun.

“Antara perkara pernah saya alami adalah semasa operasi menyelamat ketika bencana banjir, air banjir yang mulanya rendah secara tibatiba menjadi pasang.

“Keadaan seperti itu membuatkan anggota bomba berasa cemas namun demi tugas menyelamat­kan orang awam, kami tetap menjalanka­n operasi,” katanya.

Menurutnya, kerja bomba merupakan suatu pekerjaan yang mulia dimana para anggota dapat menolong masyarakat semasa mereka menghadapi sebarang bencana yang tidak dijangka.

“Saya berharap agar anggota baharu dapat berkhidmat sebaik mungkin kepada masyarakat dan memberikan taat setia kepada JBPM,” katanya.

Seramai 29 pegawai dan anggota menerima pingat dan sijil semasa Istiadat Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Penyampaia­n Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun JBPM di Eastwood Valley Golf and Country Resort di sini semalam.

Daripada jumlah tersebut empat anggota menerima Pingat Setia Bomba (PSB), sembilan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) dan 16 Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun.

Pada majlis yang sama Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak Andy Jong Wan Joon turut menerima PCB.

Penganuger­ahan disempurna­kan oleh Ketua Pengarah JBPM Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut hadir Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohammad.

 ??  ?? DIHARGAI: Pesara bomba Masli (kanan) menerima Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun JBPM dari Wan Mohd Nor (kiri) sambil disaksikan Hisham (tengah).
DIHARGAI: Pesara bomba Masli (kanan) menerima Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun JBPM dari Wan Mohd Nor (kiri) sambil disaksikan Hisham (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia