Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengamuk, ugut cederakan anak perempuan tiri dengan gunting

-

SIBU: Seorang lelaki mengamuk sehingga mengugut akan mencederak­an anak perempuan tirinya dengan gunting dalam satu lagi kes keganasan rumah tangga di sini, Khamis lalu.

Dalamkejad­ianpadajam 11 pagi, mangsa seorang penjual pakaian, 25, cuba menenangka­n bapa tirinya yang sedang mengamuk di rumah ibunya.

Susulanitu, satuperten­gkaranmulu­ttercetusa­ntara suspek dan mangsa sehingga keadaan semakin kecoh.

Mangsa kemudian mengambil seutas rantai milik suspek yang tergantung di dindingdan­mencampakn­ya ke lantai menyebabka­n ia terputus.

Sejurus itu, suspek mengambil gunting dan mengacukan ke arah mangsa serta menyuruh mangsa keluar dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah berkata, suspek dipercayai mengancam akan menikam mangsa jika dia tidak keluar dari rumah.

Katanya, punca kejadian disebabkan hasrat suspek untuk membina sebuah gerai menjual kuih tidak dipersetuj­ui isterinya.

Pertengkar­an itu kemudian dileraikan oleh ibu dan adik mangsa.

Saiful berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa selepas kejadian.

Bertindakd­aripadamak­lumat, polis telah menahan suspek berumur 42 tahun dan akan direman.

“Kestersebu­takandisia­sat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” tambah Saiful.

 ??  ?? DIRAMPAS: Gunting yang dipercayai diacukan oleh suspek ke arah mangsa semasa kejadian.
DIRAMPAS: Gunting yang dipercayai diacukan oleh suspek ke arah mangsa semasa kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia