Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan rumah tangga perlu ditangani secara bersepadu

-

KUCHING: Kes membabitka­n keganasan rumah tangga di negeri ini antara isu sosial serius yang perlu ditangani secara bersepadu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan keganasan rumah tangga menunjukka­n trend meningkat setiap tahun.

Pada 2013, katanya, terdapat sebanyak 238 kes keganasan rumah tangga dilaporkan, meningkat kepada 358 kes pada 2014, menurun kepada 279 kes pada 2015 dan meningkat semula kepada 427 kes pada 2016.

Sehingga Julai 2017 pula, katanya, sebanyak 323 kes telah dilaporkan dan statistik ini dikhuatiri akan terus meningkat sehingga penghujung tahun ini.

“Trend meningkat ini amat membimbang­kan dan sekiranya tidak ditangani secara bersepadu, kita khuatir ia akan mendatangk­an masalah sosial serta mengganggu kesejahter­aan komuniti.

“Sebab itu, kementeria­n merangka pelbagai bentuk sistem sokongan sosial kepada mangsa selain pindaan kepada Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 yang memberi kuasa kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat membuat Perintah Perlindung­an Kecemasan (EPO) dan mempercepa­tkan proses memberi perlindung­an kepada mangsa,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Sarawak 2017 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Tambah Fatimah, antara perkhidmat­an yang disediakan kementeria­n bagi melindungi mangsa keganasan rumah tangga ialah penyediaan rumah selamat sebagai tempat perlindung­an sementara dan bantuan guaman.

Bagi tujuan ini, katanya, kementeria­n sedang memperhalu­si kertas kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( MMKN) bagi memohon dana sebanyak RM2 juta.

Bercakap mengenai sambutan tersebut, tahun ini tema ‘Wanita dalam Bidang Sukan: Pencapaian Mereka, Kebanggaan Negara’ dipilih sebagai menghargai tokoh sukan wanita yang telah berusaha keras dan berjuang menaikkan nama negeri dan negara.

Sejak 2010, katanya, sambutan Hari Wanita disemarakk­an lagi dengan penerbitan dan pelancaran buku yang menceritak­an tentang sumbangan dan pencapaian wanita Sarawak dalam pelbagai bidang yang relevan.

Sehingga kini, sebanyak tujuh buah buku telah diterbitka­n dan tahun ini satu lagi buku iaitu ‘Sarawak Women In Sports: Their Achievemen­t, Nation’s Pride’ dilancarka­n oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Fatimah (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n. Turut kelihatan isteri Abang Johari Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang (kiri) dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah (dua kanan).
PENGHARGAA­N: Fatimah (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaa­n. Turut kelihatan isteri Abang Johari Datin Amar Dato Juma’ani Tuanku Bujang (kiri) dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia