Utusan Borneo (Sarawak)

Mas Gading berpotensi hasil Musang King, nanas MD2

Usaha dijalan promosi komoditi ke pasaran antarabang­sa

- Oleh Henrietta Liza

BAU: Kawasan Parlimen Mas Gading berpotensi besar menjadi pengeluar utama Sarawak bagi baka nanas MD2 dan durian Musang King, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek semalam.

Bagi mencapai hasrat itu, pihaknya kini sedang berusaha keras mempromosi­kan kedua- dua hasil komoditi itu di dalam pasaran antarabang­sa.

“Terdapat sekitar 700,000 anak benih nanas MD2 yang telah siap kita agihkan kepada petani di dalam kawasan.

“Kelmarin saya telah melawat tapak semaian nanas MD2 di Kampung Pijuru di mana Lembaga Pembanguna­n Nanas Malaysia (LKNM) telah menghantar kira-kira 700,000 anak benih untuk dibiakkan di sana.

“Kemudian, kami akan mengedarka­nnya kepada petani dan peladang dalam parlimen Mas Gading untuk ditanam,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvo Kembara Merdeka di Kampung Sibuluh semalam.

Beliau juga Ahli Parlimen Mas Gading di sini menjelaska­n, bahawa sebelum ini pihaknya juga telah mengedarka­n sebahagian anakanak pokok Durian Musang King kepada petani di dalam kawasan terbabit.

Pada masa yang sama, beliau sebelum ini berbincang dengan salah seorang peladang di Batu Pahat untuk membawa anak benih durian tersebut ke Sarawak.

“Saya berharap dalam tempoh singkat dari sekarang, saya boleh membawa 2,000 hingga 4,000 anak benih durian Musang King ke sini supaya ia dapat diagih kepada petani di kawasan saya,” katanya.

Beliau bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, terdahulu juga sempat melawat ke sebuah ladang buah-buahan tropika yang terletak di Batu Pahat yang juga merupakan kilang memproses buah durian sejuk beku bagi tujuan pengekspor­tan ke China.

Kedua-dua hasil komoditi berkenaan mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan tidak sukar untuk dipasarkan.

Di ibu negara, sebiji buah

Saya berharap dalam tempoh singkat dari sekarang, saya boleh membawa 2,000 hingga 4,000 anak benih durian Musang King ke sini supaya ia dapat diagih kepada petani di kawasan saya. Datuk Anthony Nogeh Gumbek Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Durian Musang King bersamaan dengan kulitnya dijual pada harga RM100 sekilogram.

“Pihak kita juga mendapat permintaan yang tinggi untuk Durian Musang King di negara China.

“China dengan baik telah menerima nanas MD2 untuk memasuki pasarannya. Jadi jika industri ini berjaya di sini, kita boleh mengisi nanas ini di dalam kontena plastik dan menghantar­nya ke luar negeri untuk tujuan eksport,” jelasnya.

Beliau meluahkan rasa gembira apabila ramai kalangan penduduk di dalam kawasan Mas Gading sudah menerima pakai cadangan tersebut dan mulai membersihk­an kawasan tanah mereka untuk menanam nanas MD2 dan Durian Musang King. KUCHING: Pemerkasaa­n wanita terus menjadi agenda nasional dan keutamaan tinggi kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau memberitah­u antara medium kerajaan membantu memperkasa wanita di negara ini menerusi Program Transforma­si Nasional ( PTN) untuk golongan wanita bagi kumpulan B40.

Jelasnya, di bawah pelaksanaa­n PTN itu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang memperuntu­k sebanyak RM200 juta manakala Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional pula memperuntu­kkan sebanyak RM500 juta disediakan.

“Sejak 2009, hampir 2.5 juta wanita mendapat pinjaman mikro kredit dengan jumlah sebanyak RM13.5 bil- ion dan paling menarik ialah 98 peratus daripada peminjam wanita berjaya membayar balik pinjaman sehingga hutang dilangsai sepenuhnya. Inilah bukti komitmen wanita.

“Malah, golongan suri rumah turut mendapat manfaat daripada program di bawah Kementeria­n Sumber Manusia seperti Housewives Enhancemen­t and Reactive Talent Scheme (HEARTS) yang menumpukan kepada wanita yang mempunyai diploma atau ijazah muda tetapi tidak bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks perutusann­ya sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2017 dan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak 2017 di sini semalam.

Pada masa sama Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong mendedahka­n bahawa sasaran 30 peratus penglibata­n wanita di peringkat pembuat keputusan di sektor awam dan korporat telah melebihi sasaran.

“Pada hari ini, kita berbangga kerana kewibawaan wanita sekali lagi terbukti apabila Malaysia berjaya mencapai 35.8 peratus dalam sektor awam dan 29.9 peratus di sektor korporat bagi sasaran ini.

“Untuk itu, mari kita bersama-sama terus mengorak langkah ke hadapan dengan meletakkan aspek inovasi sebagai elemen penting dalam apa jua urusan kita bagi membolehka­n wanita menjadi lebih kompetitif dan kekal berdaya saing,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar wanita tidak berhenti meneruskan perjuangan bagi memartabat­kan golongan tersebut di negara ini.

 ??  ?? SAMPAIKAN: Nogeh (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang wakil pemimpin masyarakat (tiga kiri) sempena Konvo Kembara Merdeka di Kampung Sibuluh, semalam.
SAMPAIKAN: Nogeh (tiga kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang wakil pemimpin masyarakat (tiga kiri) sempena Konvo Kembara Merdeka di Kampung Sibuluh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia