Utusan Borneo (Sarawak)

Lundu berpotensi jadi destinasi sukan pelanconga­n permotoran

-

KUCHING: Seramai 1,000 orang menyertai ‘ Orchid Walk’ di pekarangan Pustaka Negeri anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) sempena Pra-Persidanga­n Orkid Asia Pasifik (APOC), baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan semalam, program berjalan kaki itu turut disertai oleh Pengarah DBKU, Juaini Haili dan Pengarah Urusan Kumpulan Senari Synergy Sendirian Berhad, Jefri Ahmad Tambi.

Kesemua peserta yang menamatkan acara berkenaan menerima pingat. Pemenangpe­menang cabutan bertuah turut membawa pulang hamper. KUCHING: Lundu memiliki potensi untuk dijadikan destinasi sukan pelanconga­n pemotoran dalam kalangan peminat motosikal berkuasa tinggi seluruh negeri Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu berkata, penubuhan pertubuhan seperti Gading Lundu Sematan Riders dilancarka­n semalam turut menyokong serta menggerak matlamat menjadikan kawasan itu sebagai pusat pertemuan peminat sukan permotoran pada masa akan datang.

Jamilah juga penaung Pesta Lundu, turut melahirkan harapan agar persatuan itu dapat menarik kerjasama kelab peminat motosikal berkuasa tinggi lain dalam penganjura­n sukan permotoran.

“Semua ahli Gading Lundu Sematan Riders diharap dapat bekerjasam­a dengan kelab motosikal berkuasa tinggi dalam menganjurk­an program berkaitan sukan permotoran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa serta Pelancaran Gading Lundu Sematan Riders sempena penganjura­n Pesta Lundu 2017, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu, Awang Putrayusri Awang Redwan dan Pengarah Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), Davina Agnes Enteli.

Jamilah berkata, pihaknya akan memberi sokongan aktiviti program bermanfaat yang dianjurkan Gading Lundu Sematan Riders pada masa akan datang.

“Dengan penubuhan kelab ini secara langsung dapat menekankan aktiviti kepada semua ahli yang terlibat,” katanya.

Seramai 50 ahli Gading Lundu Sematan Riders menghadiri Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa.

Pada majlis tersebut Pengarah JKJR Sarawak, Davina Agnes Enteli memberi taklimat keselamata­n jalan raya kepada peserta.

Antara aktiviti diadakan simulasi tatacara menangani situasi kemalangan, tindakan susulan kepada mangsa kemalangan, takilmat undangunda­ng jalan raya dan demonstras­i pengendali­an motosikal wakil Persatuan Marshall Sarawak dan Pegawai Perubatan Daerah Lundu.

 ??  ?? TERTARIK: Jamilah melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi pada Majlis Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa dan Majlis Pelancaran Gading Lundu Sematan Riders sempena berlangsun­g Pesta Lundu 2017, semalam.
TERTARIK: Jamilah melihat sebuah motosikal berkuasa tinggi pada Majlis Kempen Penunggang Bijak dan Menyelamat­kan Nyawa dan Majlis Pelancaran Gading Lundu Sematan Riders sempena berlangsun­g Pesta Lundu 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia