Utusan Borneo (Sarawak)

Jaga jantung kita sebaik mungkin

80 peratus kematian awal penyakit jantung, strok dapat dicegah: Dr Sim

- Oleh Connie Sylvia Mesa

Sudah tiba masanya untuk kita mengubah cara pemikiran kita. Kita perlu menjaga jantung kita sebaik mungkin dan pentingnya untuk mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat.

MIRI: Sekurang-kurangnya 80 peratus kematian awal penyakit jantung dan strok dapat dicegah sekiranya faktor utama mendorong penyakit terbabit dikawal, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau, antara faktor mendorong kepada penyakit jantung dan strok ialah rokok tembakau, diet yang tidak sihat dan aktiviti fizikal yang tidak aktif.

“Sudah tiba masanya untuk kita mengubah cara pemikiran kita. Kita perlu menjaga jantung kita sebaik mungkin dan pentingnya untuk mengubah gaya hidup kita ke arah yang lebih sihat.

“Malah, kita harus meningkatk­an kefahaman kita tentang kesihatan jantung. Lebih banyak kita tahu, lebih besar peluang kita untuk mencegah penyakit tersebut,” jelasnya.

Dr Sim berkata demikian dalam teks ucapan dibaca Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin pada majlis pelancaran Miri Heart Week 2017 anjuran Yayasan Jantung Sarawak bertempat di Bintang Megamall Miri, di sini semalam.

Hadir sama ialah Benda-

Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

hari Yayasan Jantung Sarawak Dato Anne Teng, Pengerusi Penganjur merangkao Ahli Lembaga Amanah Yayasan Jantung Sarawak Eric Lim, Pengurus Pemasaran Bintang Megamall Miri Alex Chung serta yang lain.

Dr Sim juga Ahli Lembaga Amanah Yayasan Jantung Sarawak berkata, menjadi sihat untuk menguvah gaya hidup dan bukan hanya seka- dar mengamalka­n diet.

“Masih belum terlambat untuk kita berubah ke arah sihat. Kita boleh mulakan dengan aktiviti yang mudah seperti melakukan aktiviti berjalan kaki sekurang- kurangnya 30 minit untuk sehari bagi kesihatan jantung.

“Bersenam juga salah satu aktiviti yang menyeronok­kan. Malah, aktiviti bersenam turut mengeratka­n hubun- gan dikalangan keluarga,” katanya.

Jelasnya, ketawa merupakan antara perkara baik untuk kesihatan jantung kerana ia mengurangk­an masalah tekanan, keradangan arteri dan meningkatk­an kolestrol yang baik.

Tambah Dr Sim, Yayasan Jantung Sarawak memerlukan semua sokongan masyarakat setempat membantu organ- isasi tersebut mendidik dan mewujudkan kesedaran serta menyampaik­an mesej mengenai aspek penyakit jantung dan langkah pencegahan­nya.

Sementara itu, bertemakan ‘A Heart For Life’ Miri Heart Week 2017 diadakan dua hari itu (26 dan 27 Ogos) turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti untuk orang awam.

Antaranya ialah pemeriksaa­n kesihatan percuma, pameran kesihatan dan antirokok, kempen derma darah Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Miri, Zumba, persembaha­n kebudayaan dan pertanding­an mewarna kanak-kanak. MIRI: Dalam usaha meningkatk­an keyakinan ketika berada di dalam air Miri Swimming Academy (MSA) dan Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) mengadakan kelas renang bermula hari ini, 27 Ogos hingga 3 September ini.

Ketua Jurulatih Renang MSA Mohd Faizal @ Thomas berkata, kelas renang dibuka kepada kanak-kanak dan remaja berumur enam hingga 17 tahun sempena cuti sekolah.

“Kelas ini turut terbuka kepada mereka tidak pandai berenang. Kelas akan diadakan lapan sesi bermula 9 pagi hingga 10 pagi di kolam renang KRP,” katanya.

Menurut Faizal, antara objektif lain ialah member pendedahan kepada peserta mengenai teknik pernafasan yang betul ketika dalam air, teknik pengampung­an dan teknik asas berenang.

“Selain mahu membina keyakinan diri mereka dalam air dan cara asas berenang, kelas ini turut membantu mengisi masa lapang ketika cuti sekolah dikalangan pelajar,” katanya.

Yuran pendaftara­n untuk lapan sesi terbabit ialah RM100 untuk seorang.

Mereka yang masih mahu menyertai atau ingin mengetahui lanjut berhubung kelas berkenaan, boleh menghubung­i Mohd Faizal di talian 016-8785196, Thomas Yung (012-8776223) atau Puan Dha Yang (019-8243090).

 ??  ?? PERIKSA: Lee melakukan pemeriksaa­n tekanan darah di ruang pameran yang disediakan untuk orang awam bagi pemeriksaa­n kesihatan percuma, sambil diperhatik­an yang lain.
PERIKSA: Lee melakukan pemeriksaa­n tekanan darah di ruang pameran yang disediakan untuk orang awam bagi pemeriksaa­n kesihatan percuma, sambil diperhatik­an yang lain.
 ??  ?? USAHA MURNI: Hii ( duduk, tiga kanan) bersama para penderma yang menjayakan kempen menderma darah anjuran SJA dan RANDO di Sibu, semalam.
USAHA MURNI: Hii ( duduk, tiga kanan) bersama para penderma yang menjayakan kempen menderma darah anjuran SJA dan RANDO di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia