Utusan Borneo (Sarawak)

23 keluarga Rumah Collin Sait terima tawaran pinjaman HDC

-

BAKONG: Sebanyak 23 keluarga di Rumah Panjang Collin Sait di Bakong menerima surat tawaran pinjaman pembiayaan rumah panjang daripada Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) semalam.

Rumah Collin merupakan projek perintis Kementeria Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibawah Skim Rumah Panjang Mesra Rakyat.

P r o j e k b e r n i l a i RM2,642,758.70 itu dilaksanak­an oleh HDC melalui kontraktor yang dilantik Crest Reality Sdn Bhd.

Setiap pintu rumah panjang ini menelan kos RM115,768 dan RM38,589 disubsidi oleh kerajaan persekutua­n.

Baki pembiayaan iaitu RM77,179 ditanggung oleh pemilik rumah dengan bayaran bulanan RM327.10 selama 25 tahun.

Bercakap pada majlis peny- erahan surat itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HDC, Asman Ahmad berkata, pemilik rumah mula membuat pembayaran pada Disember tahun ini.

Rumah panjang tersebut mulai dibina pada Ogos 2015 dan siap awal tahun ini. Pemilik berpindah ke rumah panjang tersebut pada Mac lalu.

Mengenai pembinaan rumah panjang dibawah skim yang sama di kawasan lain, Asman berkata ia bergantung kepada jawatankua­sa yang dilantik untuk meneliti permohonan.

“Keutamaan diberi kepada rumah panjang yterbakar atau dijejas bencana alam. Sekiranya permohonan itu dilulus, projek itu akan diberikan kepada HDC untuk dilaksanak­an.

“Namun projek ini tidak dapat dilaksana jika wujud masalah geran tanah dan melibatkan agensi lain. Lazimnya jika masalah geran timbul, kita akan berbincang dengan agensi berkaitan,” katanya.

Asman menambah, sekiranya masalah geran tersebut tidak dapat diselesaik­an, mereka tidak dapat meneruskan projek tersebut walaupun peruntukan sudah ada.

Beliau berkata, Rumah Collin Sait merupakan projek perumahan yang berjaya dan sejak berpincah Mac lalu hingga sekarang mereka belum diminta membuat pembayaran .

Beliau turut mengingatk­an penduduk rumah panjang agar menyimpan duit untuk membayar rumah mereka mengikut tempoh yang ditetapkan dalam surat tawaran.

Hadir sama Ketua Seksyen Rumah Panjang HDC, Johnson Lapok, Tuai Rumah Collin Sait wakil perundanga­n untuk menandatan­gi dokumen perjanjian.

 ??  ?? BERSAMA: (Tiga kiri) Collin dan Asman bersama penduduk Rumah Panjang Collin Sait yang menerima surat tawaran pembiayaan rumah panjang mesra rakyat.
BERSAMA: (Tiga kiri) Collin dan Asman bersama penduduk Rumah Panjang Collin Sait yang menerima surat tawaran pembiayaan rumah panjang mesra rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia