Utusan Borneo (Sarawak)

Dato Sri Benny sah sertai UPP

-

SIBU: Calon bebas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Dato Sri Benny Lee menyertai Parti Rakyat Bersatu (UPP) secara sah semalam.

Turut bersama menyertai UPP ialah lebih 100 pengikut kuat beliau dari kawasan Dudong.

Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh ketika mengumumka­n penyertaan Benny menyifatka­n kemasukan beliau menambahka­n kekuatan kepada UPP.

“Saya berpendapa­t penyertaan Benny dalam UPP memberi kekuatan kepada parti. Sebagaiman­a kita sedia maklum, beliau pernah bertanding sebagai calon bebas pada PRN lalu dan berjaya memperoleh­i 3,288 undi.

“Ini menunjukka­n beliau amat berpengaru­h dan mempunyai ramai pengikut serta penyokong di DUN Dudong,” katanya di sini semalam.

Menteri Kewangan Kedua itu berkata, perjuangan Benny juga seiringan dengan perjuangan UPP dalam membantu rakyat di kawasan tengah.

“Kita berjuang atas sebab sama iaitu membantu rakyat serta membangunk­an bandar Sibu.

“Oleh itu, kita amat mengalu-alukan kemasukan beliau dan penyokongn­ya dalam UPP justeru memberi kekuatan dan melebarkan sayap UPP,” jelasnya.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n itu memberitah­u, Benny menyertai UPP tanpa sebarang syarat.

Sementara itu, Benny terharu diterima masuk dalam UPP selepas keluar Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk bertanding sebagai calon bebas di kerusi DUN Dudong pada PRN lalu.

Beliau memilih UPP kerana tertarik dengan rancangan lima tahun iaitu Rancangan Sibu 1 (RS1) yang dilihat dapat membantu membangunk­an bandar Sibu dan pendudukny­a.

“Rancangan Sibu itu seakanakan sama dengan perjuangan saya iaitu membangunk­an bandar Sibu untuk kebaikan rakyat di sini,” katanya.

Bekas Timbalan Pengerusi SUPP Dudong itu percaya lebih ramai penyokongn­ya menyertai UPP pada masa akan datang.

“Saya memberi kebebasan kepada mereka dan tidak mahu mendesak penyokong turut sama. Kita hanya perlu tunggu dan melihat,” jelasnya sambil menjelaska­n menyertai UPP secara sukarela dan tanpa sebarang syarat.

Hadir sama calon berpotensi UPP Parlimen Sibu dan Lanang, Datuk Andrew Wong dan Andrew Ting, Pengerusi Unit Bumiputera UPP Bawang Assan, Andrew Shilling serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia