Utusan Borneo (Sarawak)

Pak Nil disambut meriah ratusan kanakkanak Kem Perancanga­n Kewangan ASNB

-

SIBU: Kemunculan pengacara dan pelakon terkenal tanah air Dato Aznil Nawawi atau lebih dikenali Pak Nil di Kem Perancanga­n Kewangan Kanak- Kanak mendapat sambutan meriah lebih 250 peserta kanak-kanak yang menyertai kem berkenaan di Dewan Kompleks Islam Sibu di sini, semalam.

Sebaik sahaja menjejak kaki di atas pentas, Pak Nil terus menerima teriakan dan tepukan gemuruh yang tidak berhenti daripada kanakkanak dan peminatnya di dalam dewan tersebut.

Kehadiran Pak Nil pada kem itu adalah bagi mengendali­kan sesi ‘Ceria Bersama Pak Nil’ menerusi seminar ‘Saya Bakal Pelabur Bijak’ yang merupakan salah satu daripada tiga program yang diadakan dalam Kem Perancanga­n Kewangan KanakKanak anjuran Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Terkenal dengan sikap yang mesra dan mudah didekati, menyebabka­n kanak-kanak berasa teruja kerana dapat bersua muka dan beramah mesra dengan beliau sepanjang sesi berkenaan.

Semasa sesi itu, Pak Nil berkongsi pengalaman dan nasihat bagaimana peserta terutama kanak-kanak boleh mengurus wang dengan bijak untuk masa depan mereka.

Beliau turut berkongsi tiptip dan perancanga­n kewangan yang harus diambil oleh para peserta apabila mempunyai lebihan wang saku dari belanja sekolah ataupun dari ibu bapa.

Beliau berkata, antara perancanga­n kewangan yang terbaik adalah dengan menyimpan di dalam unit ASNB yang memberi banyak faedah dan manfaat kepada penyimpan untuk masa depan.

Menerusi kenyataan media yang diberikan, kem tersebut dianjurkan khusus untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun untuk mendidik peserta tentang nilai wang, kepentinga­n menabung dan juga melabur.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB Mohammad Hussin berkata menerusi kem berkenaan, ASNB menumpu kepada kanak-kanak kerana pendedahan awal amat penting untuk mempengaru­hi sikap, pandangan dan pemahaman mereka mengenai wang dan nilai.

Beliau berkata, matlamatny­a adalah untuk membantu kanak- kanak memahami kelebihan mengurus wang dengan bijak dan seterusnya menjadikan sebagai amalan menerusi sikap berjimat cermat dan menabung.

Menurut Mohammad, kem ini dianjurkan sebanyak lima kali tahun ini iaitu di Shah Alam, Sibu, Seremban, Tawau dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, seramai lebih 400 ibu bapa peserta mengikuti Seminar Pelaburan 360 Hari yang antara kandungann­ya ialah mengenai peran- cangan kewangan, kelebihan melabur dan kaedah membina tabung pendidikan yang betul.

Antara program lain yang turut diadakan ialah permainan ‘Kenali Risiko dan Pulangan’ dan aktiviti Saya Bijak Berbelanja.

ASNB merupakan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ketika ini menawarkan 12 produk unit amanah, yang mana enam daripadany­a ialah unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).

 ??  ?? ALBUM: Peserta dan warga ASNB merakam gambar kenangan bersama Pak Nil.
ALBUM: Peserta dan warga ASNB merakam gambar kenangan bersama Pak Nil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia