Utusan Borneo (Sarawak)

Masjid harus dimanfaat sebar ajaran Islam

Peranan masjid sebagai penyatuan ummah juga harus direalisas­ikan, kata Abang Johari

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Masjid harus dimanfaat untuk menyebarka­n ajaran agama Islam di samping menyatupad­ukan masyarakat demi mengukuh dan meningkatk­an imej Islam.

Perkara itu ditegaskan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang memberitah­u, seperti yang berlaku dalam sejarah Islam, tidak kurang daripada 10 peranan dimainkan oleh Masjid Nabawi.

Jelasnya, antaranya sebagai tempat ibadah, komunikasi, pendidikan, sosial, ketenteraa­n, kesihatan, perdamaian atau tempat pengadilan, menerima tetamu, tempat menawan tahanan dan pusat penerangan atau pembelaan agama.

Menurutnya lagi, peranan yang begitu luas pada masa itu adalah disebabkan masyarakat sangat teguh berpegang kepada nilai, norma dan jiwa agama dan sikap pemerintah yang begitu mengambil berat tentang peranan masjid.

“Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid pada zaman Rasulullah dan salafussol­eh, kita akan nampak betapa masjid telah men-

Bila kita kaji sejarah bagaimana peranan masjid pada zaman Rasulullah dan salafussol­eh, kita akan nampak betapa masjid telah mengambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembanguna­n masyarakat. Datuk Amar Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

gambil peranan dan memberi jasa yang sangat besar pada pembanguna­n masyarakat.

“Oleh itu, beberapa langkah atau pendekatan perlu dijalan untuk merealisas­ikan masjid sebagai penyatuan ummah,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi pada majlis penangguha­n Muktamar Masjid-Masjid Negeri Sarawak 2017 di sebuah hotel di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai langkah itu, Abang Johari berkata, antaranya, menghidupk­an masjid dengan pelbagai akiviti seperti ceramah, kursus, kembara dan majlis ilmu berkaitan.

“Saya penuh yakin bahawa masjid mampu dijadikan sebagai tempat mengembang­kan ilmu pengetahua­n dengan menggunaka­n pelbagai cara mengimarah­kan masjid,” tambahnya.

Selain itu, tegasnya, pihak pengurusan masjid juga boleh memperbany­akkan aktiviti yang boleh menarik minat anak-anak muda bertandang ke rumah ibadah.

Beliau memberitah­u, sebagai contoh kelas bimbingan komputer, kembara bermotosik­al, larian kesihatan dan sebagainya.

Pada masa sama, beliau menegaskan masjid juga mampu menghidupk­an budaya saling menghormat­i, bertolak ansur dan saling bermaafan yang perlu dimainkan oleh ahli jawatankua­sa masjid.

“Tanpa kerjasama dan komitmen pihak ini, peranan masjid sebagai penyatuan ummah sukar dilaksanak­an dengan jayanya.

“Justeru, ahli jawatankua­sa perlu membuat perancanga­n pengurusan, pentadbira­n dan pengimarah­an sesebuah mas- jid dengan penuh strategi serta mengikut keperluan masyarakat setempat,” ujarnya.

Katanya lagi, dengan perancanga­n tersebut akan mendekatka­n masyarakat dengan masjid selain sebagai tempat beribadah sekali gus merealisas­ikan peranan masjid sebagai penyatuan ummah.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Ismail Mohd Hanis dan tetamu kehormat lain.

Pada majlis itu, sebanyak enam masjid menerima geran sumbangan berjumlah RM10,000 setiap masjid bagi melaksanak­an projek printis Masjid Mukim.

 ??  ?? LAWATAN: Ahli-ahli jawatankua­sa Ladang Julau 1 dan 2 ketika melawat Pusat Pertanian Tarat.
LAWATAN: Ahli-ahli jawatankua­sa Ladang Julau 1 dan 2 ketika melawat Pusat Pertanian Tarat.
 ??  ?? SUMBANGAN: Dr Rahman (dua kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM10,000 kepada wakil Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa. Turut kelihatan (dari kiri) Ismail dan Misnu.
SUMBANGAN: Dr Rahman (dua kiri) menyerahka­n replika cek bernilai RM10,000 kepada wakil Masjid At-Taqwa, Kampung Pinang Jawa. Turut kelihatan (dari kiri) Ismail dan Misnu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia