Utusan Borneo (Sarawak)

Mahasiswa UNIMAS ikuti NYC di Sabah

-

KUCHING: Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) baru- baru ini terpilih menjadi peserta sukarelawa­n bagi mengikuti Perkhemaha­n Belia Kebangsaan ( NYC) di Kampung Lokup Kiulu, Sabah.

Berlangsun­g selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Ogos lalu, kem yang disertai itu merupakan anjuran Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM) dengan kerjasama Neo Synergy Training Centre (NSTC), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM) serta mendapat sokongan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

Selain UNIMAS, turut menghantar wakil sukarela ialah beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) lain di seluruh Malaysia termasukla­h Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya ( UM), Universiti Putra Malaysia ( UPM), Universiti Kuala Lumpur ( UniKL), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Malah, ia juga disertai pelajar Malaysia yang menuntut di universiti luar negara seperti dari University of Auckland, New Zealand dan Universiti Al-Azhar Mesir.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mempersiap­kan golongan belia di negara kita khususnya para belia dalam menilai kehidupan dari aspek sosiologi masyarakat, toleransi agama.

Pada masa sama ia juga menjadi platform alternatif untuk para belia bergiat aktif dengan aktiviti luar iaitu lebih kepada sukarelawa­n yang juga sedang menghabisk­an cuti semester IPT.

Perkhemaha­n NYC itu juga diadakan selari dengan sambutan Hari Kemerdekaa­n Negara yang ke-60 tidak lama lagi dan diharapkan program tersebut menjadi saluran terbaik untuk menyemarak­kan lagi semangat cintakan tanah air selain memupuk semangat toleransi di antara pelbagai agama dan kaum.

YDKMM menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarka­n baru-baru ini berkata, Sabah dipilih mengambil kira masyarakat­nya dari pelbagai jenis etnik dan agama selain sikap bertoleran­si yang ditunjukka­n oleh penduduk setempat yang saling bekerjasam­a tanpa mengira perbezaan latar belakangny­a.

“Khususnya di kawasan Kiulu ini majoriti pendudukny­a beragama Kristian dan penganut agama Islam merupakan penduduk minoriti di kawasan ini, tetapi kita dapat menyaksika­n keharmonia­n sesama kaum dan masyarakat di sini,” kata jurucakap program perkhemaha­n itu.

Antara aktiviti sepanjang berlangsun­gnya program tersebut seperti acara men- gibarkan 100 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah, aktiviti sukaneka bersama kanak-kanak tempatan dan memasak bersama penduduk tempatan di Kiulu.

Selain itu, para sukarelawa­n program juga mengikuti aktiviti gotong-royong membersihk­an kawasan kampung, sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak di situ.

Bagi memupuk semangat berpasukan dan jati diri, aktiviti lasak dan semangat berpasukan turut dijalankan memerlukan sukarelawa­n merentas hutan bermula jam 12 malam sehingga 5 pagi.

NYC 2017 berakhir dengan sempurna berkat kerjasama daripada semua pihak termasuk para sukarelawa­n dan penduduk kampung yang telah memberikan respons dan sokongan yang sangat baik terhadap program tersebut dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta sukarelawa­n merakam kenangan pada Perkhemaha­n Belia Kebangsaan (NYC) di Kampung Lokup Kiulu, Sabah, baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Para peserta sukarelawa­n merakam kenangan pada Perkhemaha­n Belia Kebangsaan (NYC) di Kampung Lokup Kiulu, Sabah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia