Utusan Borneo (Sarawak)

MARA disaran melihat lebih terperinci bantu usahawan Bumiputera komited

-

KUCHING: Majlis Amanah Rakyat (MARA) disaran agar melihat lebih terperinci dalam membantu usahawan komited khususnya golongan Bumiputera bagi merancakka­n pertumbuha­n ekonomi di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, langkah itu sekali gus mengangkat martabat golongan Bumiputera agar terus mampu memberikan saingan ke arah mencapai kejayaan.

“Tidak dinafikan golongan Bumiputera yang berjaya dalam keusahawan­an masih rendah, jadi saya mohon agar MARA dapat melihat dengan lebih terperinci.

“Untuk membantu usahawan yang terbukti komited dalam keusahawan­an, supaya bantuan daripada kerajaan dapat diberikan kepada mereka (usahawan),” ujarnya.

Fazzrudin berkata demikian pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang dan Program Engagement Bersama Usahawan MARA sempena Hari Kemerdekaa­n Ke-60 di Plaza Astana di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah MARA Negeri Sarawak Dr Azmi Amat Murjan yang baharu tiga hari memulakan tugasnya selaku pengarah badan tersebut di negeri ini.

Mengulas lanjut, Fazzrudin berkata pihaknya bersifat terbuka untuk membincang­kan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan Bumiputera.

Jelasnya, kerajaan mahu kejayaan dikecapi semua, tetapi mengambil kira pencapaian semasa yang masih rendah, maka golongan tersebut menjadi keutamaan.

“Kita sedar tahap usahawan (Bumiputera) masih rendah berbanding yang lain, sebab itu kerajaan sentiasa membantu golongan Bumiputera, supaya dapat setanding dengan kaum lain,” ujarnya.

Fazzrudinb­erkata,iamerupaka­n salah satu langkah kerajaan untuk membantu Bumiputera bangkit dalam bidang keusahawan­an sekali gus membantu menyumbang kepada pendapatan negara dari aspek ekonomi di samping mengurangk­an kadar kemiskinan.

Terdahulu, Fazzrudin dan Dr Azmi turut menyempurn­akan pelepasan seramai 164 peserta konvoi membabitka­n 50 kenderaan motosikal dan kereta di Jambatan Tun Salahuddin anjuran MARA dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebelum berakhir di Pejabat MARA Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia