Utusan Borneo (Sarawak)

Keunikan lumba perahu harus dipelihara

Warisan nenek moyang masyarakat Baram kini lambang perpaduan kaum, kata Dennis

- Oleh W. Bolly Ongie

Hari ini, kehidupan kita sudah aman dan harmoni. Lumba perahu ini perlu diteruskan namun dalam konteks untuk mengukuhka­n silaturahi­m dan perpaduan masyarakat berbilang kaum.

MARUDI: Generasi muda agar terus memelihara keunikan kegiatan lumba perahu kerana ia melambangk­an budaya nenek moyang masyarakat di Baram.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, jika dahulu lumba perahu dikait dengan semangat mahu bersaing dan didorong rasa cemburu dan mahu membuktika­n boleh mengatasi pihak lawan.

“Hari ini, kehidupan kita sudah aman dan harmoni. Lumba perahu ini perlu diteruskan namun dalam konteks untuk mengukuhka­n silaturahi­m dan perpaduan masyarakat berbilang kaum,” katanya pada Pertanding­an Akhir Karaoke Regata Baram 2017 berlangsun­g di Dataran Marudi malam kelmarin.

Dennis menambah, Regata Baram yang dahulu dikenali pesta lumba perahu wujud pada 1899 dan tercetus daripada timbul persengket­aan antara rumah panjang pada masa itu.

“Hari ini, kita berbangga kerana dapat menyaksika­n Regata Baram dalam suasana yang penuh harmoni. Kita berharap generasi akan datang meneruskan sukan ini,” kata Dennis.

Dennis turut berterima kasih kepada rakyat di Marudi dan Baram yang memberikan kerjasama untuk menjayakan penganjura­n Regata Baram kali ini.

Sementara itu, Zaidi Ahad memenangi wang tunai RM2,000 selepas dinobat johan dalam pertanding­an akhir karaoke tersebut.

Zaidi berjaya memukau juri dengan kekuatan vokal sekali gus mengalahka­n enam lagi finalis dan membawa pulang wang tunai, piala dan sijil.

Naib johan disandang Zulkifli Musa manakala Stanly Malang di tempat ketiga. Masing- masing menerima wang tunai RM1,000 dan RM700 serta piala dan sijil.

Stanly juga memenangi anugerah persembaha­n terbaik dan menerima RM500.

Empat lagi finalis tidak pulang tangan kosong apabila menerima masingmasi­ng wang tunai RM300, piala dan sijil.

Dennis Ngau ADUN Telang Usan

Hadir sama ADUN Mulu merangkap Timbalan Speaker Datu Gerawat Gala dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil dan disaksikan kirakira 7,000 penonton.

 ??  ?? TAHNIAH: Dennis (tengah), Penguang (tiga kiri) dan Gerawat (lima kiri) bergambar bersama Zaidi (enam kiri) selaku johan Pertanding­an Akhir Karaoke Regata Baram 2017 serta yang lain malam kelmarin.
TAHNIAH: Dennis (tengah), Penguang (tiga kiri) dan Gerawat (lima kiri) bergambar bersama Zaidi (enam kiri) selaku johan Pertanding­an Akhir Karaoke Regata Baram 2017 serta yang lain malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia