Utusan Borneo (Sarawak)

JPN buka kaunter bergerak bantu dokumentas­i penduduk Lanang

-

SIBU: Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak telah menganjurk­an program pendaftara­n bergerak (kaunter bergerak) pada 19 hingga 21 Ogos lalu di kawasan Parlimen Lanang bertempat di Pekan Durin dekat sini.

Jurucakap JPN menjelaska­n, tujuan kaunter bergerak itu adalah untuk menyelesai­kan masalah sijil lahir dan kad pengenalan diri terutama untuk golongan luar bandar dan peribumi.

“Program ini mendapat sambutan baik dan kerjasama memberangs­angkan daripada penduduk sekitar. Diharapkan ia diterus dari semasa ke semasa bagi memudahkan penduduk luar bandar mendapat dokumen peribadi penting,” katanya lagi.

Sementara itu, program ini turut mendapatka­n sokongan dan bantuan pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) P211 Lanang diketuai calon berpotensi Kelvin Kong Sien Chiu bersama rombongann­ya.

Beliau turut mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n kepada petugas JPN Sarawak menjayakan program tersebut.

Kelvin turut memberitah­u bahawa seramai 92 orang mendapat perkhidmat­an dari kaunter tersebut sepanjang tiga hari dilaksana di Pekan Durin.

“Bagi daftar lewat kelahiran ialah seramai 46 orang, daftar lewat kad pengenalan (4), cabutan sijil kematian (1), cabutan sijil lahir (1) dan permohonan kewarganeg­araan dan anak angkat untuk khidmat nasihat (40).

“Jumlah itu, saya perolehi dari JPN Sarawak mengendali­kan kaunter ini. Jelas, ia sangat memberi manfaat kepada penduduk di Durin,” katanya lagi.

 ??  ?? TURUN PADANG: Kelvin (enam kiri) serta jenteranya ketika bersama penduduk setempat di Durin.
TURUN PADANG: Kelvin (enam kiri) serta jenteranya ketika bersama penduduk setempat di Durin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia