Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran: Penduduk Rumah Mat Limban bimbang tiada air bersih

-

MUKAH: Sudah seminggu penduduk Rumah Mat Limban di Emperan Kapok Lubuk Bemban, Batang Mukah mengalami kejadian kebakaran tempat tinggal mereka.

Rumah panjang terbabit mempunyai lapan pintu manakala empat lagi masih dalam pembinaan ketika kebakaran meranapkan tempat tinggal 160 penghuni.

Antara bantuan awal diterima melalui Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Micheal Toyad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo.

Tuai Rumah Mat Limban, 62, memberitah­u ketika kejadian semua penghuni tidur kira-kira jam 1 pagi.

“Kami tidak sempat menghubung­i balai bomba kerana tempat kami jauh dan kami sekadar melihat api marak dan memusnahka­n keseluruha­n rumah panjang kami sehingga api padam sepenuhnya jam 6.30 pagi,” katanya.

Bagaimanap­un, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Daerah Mukah pada hari tersebut.

Sementara itu, menurut beberapa penduduk api mula marak dari bilik tengah dan terus merebak ke pintu-pintu lain.

Tetapi, apa yang lebih penting tiada nyawa terkorban walaupun semua harta benda tidak dapat diselamatk­an termasuk dokumen-dokumen penting.

Selain ketiadaan tempat tinggal, mereka rata- rata menyatakan kebimbanga­n tentang ketiadaan air bersih akibat kebakaran.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Tellian bagaimanap­un akan membawa perkara itu dan cuba menyelesai­kannya secepat mungkin dengan bantuan agensi-agensi berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia