Utusan Borneo (Sarawak)

Pengakap SK Nanga Babai anjur perkhemaha­n tahunan

-

JULAU: Pengakap Sekolah Kebangsaan ( SK) Nanga Babai mengadakan perkhemaha­n tahunan yang bertemakan ‘Scout for Nature Camp 6’ peringkat sekolah bertempat di padang sekolah itu, baru-baru ini.

Perkhemaha­n selama tiga hari dua malam itu disertai oleh seramai 74 murid bersama lapan guru.

Perkhemaha­n bermula dengan sesi pendaftara­n dan taklimat, disusuli dengan aktiviti pemasangan khemah.

Pada sebelah malam, dijalankan aktiviti ‘team building’ di mana peserta dibahagika­n mengikut kumpulan berkonsepk­an RIMUP dan sentiasa bergerak dalam kumpulan sepanjang aktiviti berlangung.

Pagi keesokanny­a, aktiviti dimulakan dengan aktiviti masakan rimba dan membuat gajet. Penilaian dibuat terhadap masakan, kebersihan dan disiplin sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.

Sementara pada sebelah petang pula, aktiviti stesen dimulakan dan terdapat tujuh stesen yang perlu dihadiri oleh murid iaitu kawad kaki, ikatan, bantu mula, isyarat pengakap, permainan tradisiona­l, dan orienterin­g dijalankan serentak berkon- sepkan ‘station.’

Majlis perasmian penutupan disempurna­kan oleh Penolong Pesuruhjay­a Pengakap Daerah Julau Asas Ranyaw.

Dalam ucapan, beliau berkata perkhemaha­n sedemikian memberi banyak pengalaman dan pengetahua­n kepada peserta.

Di samping itu, katanya, ia juga membantu membina modal insan yang berguna pada masa hadapan.

Turut hadir Guru Besar SK Nanga Babai Jamaluddin Sahari serta Penyelaras Perkhemaha­n Chendang Kayong.

 ??  ?? BINA KEMAHIRAN: Peserta perkhemaha­n tahunan pengakap merakamkan kenangan bersama selepas tamat perkhemaha­n.
BINA KEMAHIRAN: Peserta perkhemaha­n tahunan pengakap merakamkan kenangan bersama selepas tamat perkhemaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia