Utusan Borneo (Sarawak)

95 peratus jemaah haji sudah ke Tanah Suci: Jamil Khir

-

SUNGAI PETANI: Sebanyak 95 peratus daripada 30,200 jemaah haji tanahair sudah berlepas ke Tanah Suci. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata baki lima peratus lagi jemaah dijadual berlepas dalam waktu terdekat dengan penerbanga­n terakhir pada 28 Ogos ini.

“Walaupun saya tidak berada di Tanah Suci bersama jemaah lain ketika ini, namun setiap hari saya monitor dan menerima laporan daripada Tabung Haji mengenai perkembang­an jemaah haji yang telah berada di Mekah dan Madinah

“Sehingga hari ini (semalam), sudah 95 peratus penerbanga­n berlepas dan penerbanga­n terakhir ialah pada Isnin ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Mahabbah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia ( IKIMfm) Kedah 2017 di pekarangan Masjid Al-Khairiyah Bedong, di sini, malam kelmarin.

Penerbanga­n pertama jemaah haji dari Malaysia pada 24 Julai lalu dan penerbanga­n terakhir dijadualka­n pada 26 Ogos, namun ada penerbanga­n yang tertunda selepas Kerajaan Arab Saudi memperketa­t urusan pengeluara­n visa haji bagi mengelakka­n pengganas menyeludup masuk ke sana.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut memuji pengan- juran program terbabit yang disifatkan­nya sebagai antara usaha menyuburka­n kemajuan dan pembanguna­n Islam di negara ini.

“Radio ini menjadi model penyiaran pada masa kini dengan jangkauan pendengar mencecah 1.4 juta orang dan IKIM berdiri bukan hanya atas platform penyiaran semata-mata sebaliknya lebih ‘advance’, termasukla­h menerusi televisyen IKIM dan media sosialnya, yang boleh dicapai masyarakat hampir di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, pada program bertemakan Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah itu, seramai 160 asnaf dari kawasan zon Bedong, menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Wakaf Malaysia.

Turut hadir Ketua Pengarah IKIM, Profesor Datuk Dr Azizan Baharuddin dan Ketua Pengarah Yayasan Pembagunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin.

Pelbagai acara menarik diatur sepanjang dua hari program berlangsun­g, bermula Khamis lalu, antaranya Forum AlQuran dan Peradaban, siaran langsung Maulid@Ikim, segmen dari konti ke pentas, pertanding­an memanah dan memasak, serta pameran dan jualan produk. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia