Utusan Borneo (Sarawak)

Guan Eng berdepan tindakan jika enggan mohon maaf: SPRM

-

JELEBU: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan tindakan sivil atau jenayah sekiranya beliau tidak memohon maaf secara terbuka kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini berikutan kenyataann­ya yang menyifatka­n tindakan menahan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’, kata Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzuklifli Ahmad.

Beliau berkata setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada Guan Eng.

“Sebagaiman­a saya kata sebelum ini, kita minta Guan Eng tarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka dalam tempoh yang kita tetapkan.

“Jika tiada (permohonan maaf secara terbuka), baru kita tengok apa tindakan yang patut diambil sama ada bersi- fat sivil atau jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian di sini, semalam.

SPRM, dalam kenyataann­ya kelmarin, meminta Guan Eng membuat permohonan maaf itu secara terbuka tanpa syarat kepada SPRM dalam tempoh 48 jam daripada kenyataan itu dikeluarka­n atau tindakan undang-undang akan diambil terhadapny­a.

SPRM berkata kenyataan Guan Eng yang menyifatka­n penahanan Boon Poh sebagai ‘penahanan haram’ adalah kenyataan berunsur fitnah yang bertujuan memburukbu­rukkan nama baik serta mencemarka­n dan menjejaska­n reputasi SPRM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia