Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar k’jaan

Buktikan pembanguna­n negara di landasan tepat, rakyat perlu tolak cita-cita besar pembangkan­g: PM

-

SIK: Pengiktira­fan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktika­n pembanguna­n negara berada di landasan yang tepat, dan oleh sebab itu, kerajaan yang ada perlu dipertahan­kan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cubaan pembangkan­g untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan yang ada kini perlu ditukar, adalah gambaran tidak tepat dan rakyat perlu menolak cita-cita besar pembangkan­g itu.

Beliau berkata Malaysia kini mendapat pengiktira­fan pelbagai pihak seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabang­sa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor, adalah atas kekukuhan ekonomi negara yang kini di kedudukan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini iaitu antara yang tertinggi di peringkat global.

“Selain itu negara juga mendapat pengiktraf­an daripada ulama tersohor Tunisia, Sheikh Rashid Al Ghannushi yang menyatakan Malaysia adalah gambaran dan imej Islam sebenar di dunia,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubun- gan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Sik Datuk Tajuddin Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Presiden UMNO berkata Sheikh Rashid yang mengetuai parti terbesar di Tunisia itu dalam temu ramah sebuah stesen televisyen Arab Saudi telah menyebut mengenai imej dan gambaran Islam di Malaysia adalah antara yang terbaik dunia.

“Selain itu, hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi melalui Raja Salman (Abdulaziz al-Saud) sehingga negara mendapat tambahan kuota teristimew­a jemaah haji negara dan kelebihan cop pasport di Malaysia dan tidak perlu berbuat demikian lagi di Jeddah ketika musim haji,” katanya.

Najib berkata tidak ada negara lain yang mendapat keistimewa­an tersebut dan beliau berharap keistime- waan berkenaan juga dapat dibenarkan ketika melakukan umrah di Tanah Suci.

Sehubungan itu, beliau berkata tiada sebab pembangkan­g cuba menghasut rakyat untuk menukar kerajaan sedangkan mereka juga bermasalah dan tidak mungkin mampu melakukan seperti apa yang dilakukan kerajaan sekarang.

Beliau juga menyelar pemimpin pembangkan­g kerana bersungguh-sungguh konon- nya untuk membuat pembaharua­n sedangkan ada kalangan mereka yang pernah menjadi menteri besar gagal berbuat demikian ketika diberi kuasa.

“Bila hujung minggu dia balik Kuala Lumpur. Sepatutnya hari hujung minggu itulah waktu bertemu rakyat.

Jumpa dan dampingi rakyat. Nak tahu keluh kesah orang kampung, penoreh getah dan pesawah padi. Hari minggulah kita buat kerja. “Saya hari minggu pun kerja.

Saya jaga kawasan. Kita sebagai wakil rakyat kena kerja. Waktu jadi wakil rakyat mana-mana pemimpin pun tak hebat tanpa sokongan orang bawahan,” katanya.

Najib yang menggunaka­n analogi pasukan bola sepak mahukan seluruh anggota UMNO agar bekerja sebagai satu pasukan kerana jika sedikit kesilapan berlaku sama ada sengaja atau tidak boleh menyebabka­n kekalahan kepada parti.

“Hantaran bola yang cantik dan tepat boleh jaringkan gol tetapi kalau pertahanan buat silap, gol kita boleh bolos,” katanya yang mengambil contoh perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar di Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kepada penduduk Sik, Najib mahu mereka agar terus memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 akan datang agar kemajuan yang dirancang akan dapat terus dilaksanak­an.

“Jangan ulangi sejarah dahulu yang Sik berada dalam kegelapan sehingga UMNO dan BN membawa perubahan terhadap daerah ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata parti lain terutama DAP tidak mungkin akan menolong penduduk Islam dan Bumiputera jika parti itu memerintah dan beliau yakin rakyat bijak menilai parti manakah yang mampu membela mereka.

“Tanya orang PAS mereka dah serik dan tidak mahu tengok wajah pemimpin DAP tetapi ada bekas pemimpin kita yang sanggup bersekongk­ol dengan DAP,” katanya.

Najib kemudianny­a merasmikan Kompleks Sukan Perdana di sini yang menelan belanja RM7 juta.

Kompleks berkenaan mengandung­i tiga komponen iaitu mini stadium, dewan dan gimnasium untuk kegunaan rakyat daerah ini.

Perdana Menteri turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program ‘touch point’ membaiki rumah penduduk di daerah ini.

Najib juga bersetuju supaya diasingkan Pejabat Pendidikan Daerah bagi Baling dan Sik yang kini diletakkan dalam satu pengurusan, berkemungk­inan dilaksanak­an pada tahun depan. — Bernama

Selain itu, hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi melalui Raja Salman (Abdulaziz al-Saud) sehingga negara mendapat tambahan kuota teristimew­a jemaah haji negara dan kelebihan cop pasport di Malaysia dan tidak perlu berbuat demikian lagi di Jeddah ketika musim haji. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHARGAA­N: Najib menerima cenderahat­i gambar kenangan bapanya Tun Abdul Razak daripada Pengetua sekolah Wan Sajiri Wan Hassan pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaaa­n Seri Balik Pulau di Balik Pulau, semalam.
— Gambar Bernama PENGHARGAA­N: Najib menerima cenderahat­i gambar kenangan bapanya Tun Abdul Razak daripada Pengetua sekolah Wan Sajiri Wan Hassan pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaaa­n Seri Balik Pulau di Balik Pulau, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAPTAI: Para pelajar melakukan raptai sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ di Dataran Merdeka dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama RAPTAI: Para pelajar melakukan raptai sambutan Hari Kebangsaan 2017 yang bertemakan ‘Negaraku Sehati Sejiwa’ di Dataran Merdeka dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia