Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 peserta sanggup berhujan jayakan larian amal Danajamin Mighty

-

CYBERJAYA: Berbekalka­n semangat untuk meningkatk­an kesedaran pelbagai pihak tentang autisme, kirakira 1,000 pelari daripada pelbagai lapisan kehidupan sanggup meredah hujan bagi menjayakan acara larian amal Danajamin Mighty semalam.

Berlangsun­g di Centrus Mall di sini, larian santai sejauh 5 km dan larian pertanding­an sejauh 10 km itu merupakan antara inisiatif Tangungjaw­ab Sosial Korporat (CSR) Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) dalam usaha membangunk­an sosioekono­mi golongan penghidap autisme.

Hujan pagi tidak menjejaska­n semangat peserta apabila aktiviti mereka untuk memanaskan badan sebelum memulakan larian diiringi muzik penuh bertenaga.

Peserta dilepaskan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Danajamin Mohamed Nazri Omar bersama- sama bekas atlet kebangsaan, Jeffrey Ong dan Farah Begum Abdullah.

Mohamed Nazri berkata acara itu berjaya mengumpul sumbangan RM50,000 untuk Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).

“Sebagai penganjur dan penyokong kesedaran men- genai autisme dan NASOM untuk tahun kedua sejak acara itu diadakan pada 2012, kami mahu lebih banyak orang mempunyai pengetahua­n dan lebih faham tentang autisme serta memberi bantuan ke arah menjayakan program intervensi awal.

“Kami berbesar hati dengan sokongan hebat daripada pelanggan, rakan korporat dan orang ramai serta kepecayaan mereka untuk turut berkongsi aspirasi untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan bantuan dengan memenuhi tanggungja­wab sosial kami.

“Semoga peningkata­n kesedaran tentang larian ini dapat menarik lebih banyak peserta bagi mengumpul lebih banyak dana untuk NASOM serta membantu mereka yang kurang bernasib baik daripada pelbagai kaum dan peringkat usia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada acara itu.

Mohamed Nazri juga menyertai pelari yang terdiri daripada warga Danajamin, anggota keluarga mereka, pelanggan, rakan korporat dan orang ramai dalam acara larian sejauh 5km. Lebih 30 kanak-kanak autisme dan keluarga mereka juga mengambil bahagian dalam larian itu.

Menurut Mohamed Nazri, Danajamin akan terus berganding bahu dengan NASOM bagi meningkatk­an kesedaran anggota masyarakat tentang autisme serta menghulurk­an sokongan yang diperlukan pusat autisme dari semasa ke semasa.

Kini, NASOM mempunyai 19 pusat autisme di seluruh negara, yang memberi perkhidmat­an kepada golongan itu berusia antara 3 dan 30 tahun. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LARIAN AMAL: Kira-kira 1,000 orang menyertai Danajamin Mighty Run bagi mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) di Centrus dekat Cyberjaya, semalam.
— Gambar Bernama LARIAN AMAL: Kira-kira 1,000 orang menyertai Danajamin Mighty Run bagi mengumpul dana bagi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) di Centrus dekat Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia