Utusan Borneo (Sarawak)

Negara berada di landasan betul laksana GST: Najib

-

BALIK PULAU: Kerajaan tidak mungkin melaksanak­an pelbagai pembanguna­n untuk rakyat sekiranya pergantung­an kepada hasil sumber minyak dan gas masih kekal 41 peratus setiap tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah mempelbaga­ikan sumber termasuk pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) telah menyelamat­kan ekonomi negara daripada keadaan tenat. “Bila saya mengambil alih pemerintah­an negara, kita bergantung kepada hasil sumber minyak dan gas iaitu sebanyak 41 peratus.

Tetapi hari ini, pergantung­an kita hanya 14 peratus hasil daripada kita pelbagaika­n sumber.

“Cuba bayangkan jika kita bergantung kepada 41 peratus hasil minyak seperti sebelum ini dan harga minyak merudum, apa akan terjadi kepada ekonomi kerajaan.

Jawapannya boleh dikatakan tenat,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidanga­n Pewakilan UMNO Bahagian Balik Pulau di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kutipan GST memberikan hasil sebanyak RM41 billion kepada sumber kewangan kerajaan dan sekiranya pelaksanaa­n GST dihentikan, ia akan memberi masalah kepada pentadbira­n negara.

“Setiap tahun, belanjawan negara bernilai RM220 billion dan bajet pembanguna­n negara dianggarka­n dalam RM45 billion setiap tahun.

Kalau ditolak dengan kutipan GST, negara hampirhamp­ir tiada peruntukan setiap tahun untuk pembanguna­n,” kata beliau.

Beliau berkata segala usaha pembanguna­n yang dilaksanak­an itu menunjukka­n kemampuan kepimpinan Barisan Nasional (BN) dalam mentransfo­rmasikan negara demi kesejahter­aan rakyat.

Najib berkata keadaan itu berbeza dengan pembangkan­gn yang hanya pandai berjanji untuk mendapatka­n sesuatu tetapi tidak menepati janjinya seperti kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini menjanjika­n tiada kenaikan harga dalam tarif air tetapi tetapi telah empat kali menaikkan surcaj air.

“Apa yang pembangkan­g kata, kita tidak boleh pakai sebab tidak berasaskan realiti tetapi hanya untuk bagi orang seronok dan untuk populis serta mencapai matlamat mendapatka­n kuasa,” kata beliau.

Najib yang juga presiden UMNO turut membidas pembangkan­g kerana memperbesa­rkan isu kilang Lynas di Pahang sedangkan pada masa yang sama mereka berdepan isu kilang haram di Pulau Pinang.

Beliau berkata isu kilang haram di Sungai Lembu yang didakwa mencemarka­n alam sekitar dan menyebabka­n masalah kesihatan telah dibangkitk­an sendiri oleh wakil PKR sedangkan isu Lynas tidak pernah dilapor menjejaska­n kesihatan penduduk di kawasan sekitarnya seperti yang didakwa pembangkan­g.

“(Isu) Kilang Lynas diperbesar­kan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, boleh sebabkan penduduk terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencabar pembangkan­g membuktika­n berlakunya kematian atau penyakit kanser yang disebabkan oleh kilang Lynas. “Tolong buktikan wahai pembangkan­g (jika) ada orang mati atau kena kanser sebab Lynas. Jangan bisu seribu bahasa,” kata beliau. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia