Utusan Borneo (Sarawak)

Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2017 lancar meskipun hujan

-

KUALA LUMPUR: Raptai hari kedua acara perbarisan dan persembaha­n sambutan Hari Kemerdekaa­n 2017 di Dataran Merdeka berjalan lancar meskipun cuaca mendung dan hujan sejak awal pagi semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli berkata walaupun acara raptai bermula lewat berbanding jadual asal iaitu jam 7 pagi disebabkan hujan, ia tidak menghalang semangat patriotism­e dan keceriaan terus dipancar oleh peserta terlibat.

“Oleh kerana lantai untuk persembaha­n licin selepas hujan, kami sentiasa mengingatk­an peserta untuk berhatihat­i terutamany­a persembaha­n yang melibatkan kawad dan lari. “Raptai bermula agak lewat iaitu 9 pagi kerana menunggu hujan reda dan bagi mengelak peserta daripada jatuh sakit ketika hari sambutan pada 31 Ogos ini,” katanya kepada

Bernama selepas raptai perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka semalam.

Katanya raptai penuh pada 27 Ogos (hari ini) dan Selasa (29 Ogos) ini.

“Pada tahun ini kira-kira 17,000 peserta daripada pelbagai agensi dan umur menyertai perbarisan itu,” katanya.

Norliza berkata pihaknya menyasarka­n penyertaan antara 400,000 hingga 500,000 pengunjung tahun ini bagi me- meriahkan sambutan tahunan itu. Beliau berkata pengunjung dialu-alukan hadir pada 31 Ogos ini bagi memeriahka­n sambutan Hari Kebangsaan dengan memakai pakaian bertemakan warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih dan biru.

Terdapat 10 segmen persembaha­n dan perarakan iaitu kenegaraan, perkhidmat­an awam, ekonomi, animasi, sukan, jati diri, ketenteram­an awam, keselamata­n negara, pertunjuka­n udara dan segmen rakyat bersepadu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia