Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: Neymar kurang menyerlah

PSG teruskan rentak kemenangan dengan tundukkan St Etienne 3-0

-

PARIS: Neymar memainkan peranan yang lebih terhad manakala Edinson Cavani menjaringk­an dua gol dan Thiago Motta satu dalam kemenangan selesa 3- 0 Paris Saint-Germain (PSG) di tempat sendiri ke atas Saint-Etienne dalam Ligue 1 kelmarin.

Pemain paling mahal di dunia itu – yang menjaringk­an tiga gol dalam dua perlawanan pertamanya sejak perpindaha­nnya yang bernilai 222 juta euro (R1.07 bilion) dari Barcelona – tetap berpengaru­h, dengan hantaranny­a yang mendahului kekasaran ke atas Cavani yang membawa kepada tendangan penalti pada babak pertama yang dijaringka­n oleh pemain Uruguay itu.

Motta menjaringk­an gol yang unik ekoran tendangan percuma Neymar selepas waktu rehat untuk menjadikan­nya dua gol sebelum Cavani melengkapk­an kemenangan pada saat akhir untuk membolehka­n PSG memelihara permulaan mereka yang sempurna dalam musim Perancis dengan em- pat kemenangan dari empat perlawanan.

“Kami sudah mencapai objektif kami untuk menduduki tempat teratas liga selepas perlawanan ini,” kata jurulatih PSG Unai Emery.

Saint-Etienne bertandang ke stadium Parc des Princes dengan rekod sempurna dan tanpa dibolosi sebarang gol dalam tiga perlawanan pembukaan mereka, tetapi sementara mereka amat teratur di bahagian pertahanan, kualiti mereka kurang di bahagian serangan.

Neymar bukan satu- satunya bintang sukan besar yang muncul di padang Parc des Princes apabila Steph Curry dari kelab Golden State Warriors dalam NBA (Persatuan Bola Keranjang Amerika Syarikat) melakukan acara sepak mula sebelum perlawanan berlangsun­g.

Emery memilih untuk merehatkan rakan Neymar dalam pasukan Brazil, Dani Alves dan Thiago Silva pada waktu sepak mula manakala Marco Verratti digantung selepas dilayangka­n kad merah dalam kemenangan 6-2 ke atas Toulouse yang diilhamkan oleh Neymar pada Ahad lalu.

Javier Pastore, yang menjaringk­an gol yang hebat dalam perlawanan itu, merupakan seorang daripada mereka yang disenaraik­an dalam barisan pemain di tempat sendiri.

Pengaruh pemain tengah Argentina itu dibataskan oleh pasukan SaintEtien­ne yang bermain dengan lima pemain pertahanan, tetapi keputusan penalti yang kontrovers­i membolehka­n PSG untuk memecah kebuntuan 20 minit selepas perlawanan berlangsun­g.

Dalam usaha untuk menyambut bola hantaran Neymar yang terkena pemain lain, Cavani terjatuh walaupun tersentuh sedikit sahaja oleh Saidy Janko ketika dia memasuki kawasan penalti.

Tendangan penalti diberikan dan pemain Uruguay itu menyumbat gol keempatnya dalam empat perlawanan liga pada musim ini.

A l p h o n s e Areola kemudian menafikan Jonathan Bamba di gawang lain untuk memastikan PSG mempertaha­nkan kelebihan pada waktu rehat, sebelum gol kedua tiba enam minit selepas babak kedua bermula. N e y m a r m e r e m b a t tendangan percuma dan Marq u i n h o s mengawal bola ke laluan Motta, yang menyumbat gol liga pertamanya sejak Januari tahun lepas. Angel Di Maria kemudian menyaksika­n tendangan percumanya melantun balik dari tiang sebelum Cavani menggunaka­n penyudah yang berkelas kepada bola hantaran lintang Thomas Meunier untuk menjadikan kedudukan 30 ketika masa berdetik pada minit ke-90. — AFP

Kami sudah mencapai objektif kami untuk menduduki tempat teratas liga selepas perlawanan ini. Unai Emery Jurulatih PSG

 ?? — Gambar AFP ?? CARI RUANG: Neymar (kiri) menggelece­k pemain tengah St Etienne pada aksi Ligue 1 di antara PSG dan St Etienne di Stadium Parc des Princes.
— Gambar AFP CARI RUANG: Neymar (kiri) menggelece­k pemain tengah St Etienne pada aksi Ligue 1 di antara PSG dan St Etienne di Stadium Parc des Princes.
 ??  ?? CAVANI
CAVANI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia