Utusan Borneo (Sarawak)

Pertemuan dengan Everton mukadimah kepada Chelsea

-

LONDON: Antonio Conte, yang jengkel dengan kegagalan Chelsea untuk mendapatka­n pemain terkemuka dalam jendela perpindaha­n, berharap perlawanan menentang Everton pada malam ini (Ahad) adalah mukadimah kepada pembelian pemain pada minit akhir oleh juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Sejak Chelsea memenangi kejuaraan itu pada musim lepas, Conte telah memberi amaran kepada majikannya bahawa beberapa pemain baharu diperlukan untuk memastikan pasukannya mempertaha­nkan mahkota Inggeris dengan dan dalam masa yang sama turut bertanding dalam Liga Juara-Juara.

Pada musim lepas, Chelsea mendapat manfaat dari ketiadaan mereka dalam pertanding­an di Eropah apabila pemain Conte direhatkan dan jarang sekali cedera ketika mereka memenangi kejuaraan dengan bergaya dan mencipta rekod.

Namun Conte tahu peluang adalah tipis bagi nasib yang begitu baik dua tahun berturut-turut dan kebimbanga­nnya sudah disahkan, dengan kecederaan, penggantun­gan dan kekurangan kejayaan dalam pasaran perpindaha­n yang bergabung untuk mewujudkan rupa sebuah kelab dalam krisis. Kemenangan ke atas pencabar kejuaraan Tot- tenham Hotspur pada hujung minggu lepas merupakan pembakar semangat yang amat diperlukan bagi Conte, tetapi pengurus bersemanga­t dari Itali itu belum lagi membiarkan kejayaan itu mengurangk­an keinginann­ya untuk menandatan­gani lebih ramai lagi pemain baharu sebelum jendela perpindaha­n ditutup pada 31 Ogos.

Conte sudah menandatan­gani hanya Alvaro Morata, Antonio Rudiger dan Tiemoue Bakayoko sahaja sejak musim lepas, manakala pasukan lawan pada malam ini, Everton, sudah berbelanja lebih daripada pasukan The Blues dengan kempen pengambila­n pemain bernilai 140 juta pound (RM770 juta).

Pengurus Chelsea itu telah dikaitkan dengan pemain tengah Leicester City Danny Drinkwater, pemain sayap Arsenal Alex Oxlade-Chamberlai­n, pemain pertahanan Southampto­n Virgil van Dijk, penyerang Swansea City Fernando Llorente dan pemain tengah Everton Ross Barkley.

Mendapatka­n dua atau tiga daripada sasaran tersebut akan memperbaik­i skuad Conte dengan ketara dan dia pantas menggarisk­an hakikat itu pada minggu ini apabila ditanya tentang pelan perpindaha­nnya.

“Apa yang pasti, kelab ini cuba menguatkan skuad kami, pasukan kami, mereka berusaha dengan sangat gigih untuk melakukan ini,” kata Conte.

Apabila Chelsea kembali dari rehat antarabang­sa, mere- ka akan menghadapi jadual tujuh perlawanan dalam tiga minggu yang meletihkan.

Conte mungkin akan mendapatka­n semula khidmat Eden Hazard pada waktu itu selepas pemain tengah Belgium itu dipanggil oleh negaranya pada minggu ini walaupun belum bermain untuk Chelsea pada musim ini selepas mengalami kecederaan buku lali.

Namun, dengan atau tanpa Hazard, Conte tahu skuadnya akan dicabar hingga ke hadnya.

Diego Costa masih hidup ‘dalam buangan’ di Brazil selepas tidak sehaluan dengan Conte dan pengurus Everton Ronald Koeman dengan nakal membayangk­an dia bersedia untuk meminjam penyerang Chelsea itu.

Buat masa sekarang Koeman akan bergantung kepada Wayne Rooney untuk mengetuai seranganny­a di Stamford Bridge selepas pemain berusia 31 tahun itu mengumumka­n persaraann­ya dari pasukan kebangsaan England.

Rooney menolak tawaran pengurus England, Gareth Southgate, untuk kembali kepada skuad kerana dia memilih untuk memberi tumpuan kepada usaha mengetuai cabaran kelab zaman kanakkanak­nya bagi memenangi kejuaraan.

Kelihatan bertenaga semula sejak dia meninggalk­an Manchester United pada musim cuti lalu, Rooney sudah menjaringk­an gol dalam dua perlawanan pertama Everton dan pasukannya menuju ke Chelsea dengan yakin selepas mereka mara ke peringkat kumpulan Liga Europa.

Koeman juga digalakkan oleh prestasi penjaga gol Jordan Pickford ekoran perpindaha­nnya dari Sunderland. — AFP

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia