Utusan Borneo (Sarawak)

Arsenal sebuah pasukan yang kuat: Klopp

-

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp percaya Arsenal masih menjadi ujian yang besar bagi kewibawaan pasukannya walaupun bukan lagi pasukan Liga JuaraJuara.

Arsenal menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas dan gagal untuk layak bagi pertanding­an elit bola sepak Eropah buat pertama kali sejak Arsene Wenger menggalas tugas sebagai pengurus pada 1996.

Namun Klopp berpendapa­t mereka masih salah satu pasukan terbaik dalam bola sepak Inggeris dan menjangkak­an perlawanan yang sukar walaupun mencatatka­n kemenangan di tempat sendiri dan stadium lawan ke atas pasukan The Gunners pada musim lepas.

“Arsenal masih sebuah pasukan yang luar biasa kuat,” kata Klopp.

“Alexis Sanchez mungkin akan kembali buat pertama kali ke padang, jadi ia memberi satu lagi dorongan kepada pasukan ini dan itu sudah tentulah satu kelebihan bagi Arsenal.

“Ia adalah perlawanan yang sangat, sangat, sangat penting. Pada tahun lepas, kami mempunyai rekod yang luar biasa bagus bila menentang enam pasukan teratas.”

Liverpool mencatatka­n kemenangan play-off Liga Juara-Juara yang mudah ke atas Hoffenheim pada Rabu lepas dengan permainan serangan yang amat baik.

Tanda tanya masih wujud mengenai kekuatan pertahanan kelab Merseyside itu, walaupun Klopp mendakwa dia berpuas hati dengan prestasi barisan pertahanan­nya setakat ini pada musim ini.

“Saya berpuas hati dengan pertahanan, saya berpuas hati dengan serangan,” tambah pengurus Liverpool itu.

“Kami sudah memenangi tiga perlawanan dan sepatutnya memenangi perlawanan pertama di Watford tanpa permainan yang sempurna. Sekarang kami menentang Arsenal dan itulah situasinya.”

Liverpool akan sekali lagi bermain tanpa pemain ten- gah Philippe Coutinho yang belum lagi pulih dari masalah belakang.

Pasukan The Reds juga akan memeriksa kecergasan pemain tengah Emre Can dan pemain pertahanan kanan Trent Alexander- Arnold selepas kedua-dua pemain mengalami kecederaan dalam kemenangan ke atas Hoffenheim.

Wenger menegaskan dia tidak pernah ada sebarang kebimbanga­n bahawa Sanchez akan melancarka­n mogok untuk memaksa kelab melepaskan­nya.

Sanchez, yang disasari Manchester City, menarik perhatian apabila dia tidak bermain dalam dua perlawanan pertama pada musim ini disebabkan oleh ketegangan otot abdomen.

Namun Wenger percaya komitmen Sanchez kepada perjuangan di Emirates bermakna dia tidak akan menimbang untuk melancarka­n mogok.

Arsenal juga akan didorong oleh kepulangan Laurent Koscielny untuk menguatkan pertahanan mereka. —

AFP

 ??  ?? WENGER
WENGER
 ??  ?? KLOPP
KLOPP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia