Utusan Borneo (Sarawak)

Boling padang pairs lelaki melengkapk­an sasaran emas

-

PUTRAJAYA: Berikutan hujan dan padang licin, perlawanan polo Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di antara Malaysia dan Thailand terpaksa ditentukan menerusi jaringan penentuan yang menyaksika­n Malaysia menang dengan mata 13-12.

Dalam jaringan penentuan itu, pengadil yang menentukan gawang mana akan digunakan dan setiap pemain, secara giliran, dan pasukan juga secara bergilir, akan melakukan satu pukulan dari garisan pada jarak 60-ela ke gawang yang tiada penjaga gol.

Bagaimanap­un, semua pemain tidak boleh membuat pukulan daripada kedudukan membelakan­g dan perlu berada pada jarak 10 ela daripada bola.

Jumlah 13 mata untuk Malaysia itu, empat mata diperoleh menerusi ketua pasukan Shaik Reismann Mohamed Ismail, empat oleh

Atlet Polo negara, (dari kiri) Shaik Resmann Mohamed Ismail, Mohd Zulhelmie Nadzar, Abdul Rashid Hasnan dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman, meraikan kejayaan menewaskan Thailand dalam ‘Penalty Shoot-Out’. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman, keduaduany­a memiliki handicap 3. Lima lagi oleh Abdul Rashid Hasnan dan Mohd Zulhelmie Nadzar.

Bagi Thailand, empat mata dicatatkan ketua pasukan Nattapong Pratumlee yang memiliki handicap 2, enam mata oleh Satia Wongkraso dan Thanasin Chuawangkh­an dan dua mata oleh Ploy Bhinsaeng.

Petang semalam, Singapura akan bertemu Brunei dan perlawanan akhir bagi penentuan pingat emas dan perak diadakan pada 29 Ogos di Taman Ekuestrian Putrajaya. — Bernama KUALA LUMPUR: Skuad boling padang negara melengkapk­an sasaran empat pingat emas apabila menewaskan Filipina 20-13 menerusi acara pairs lelaki pada final di Pusat Boling Padang Nasional, Bukit Kiara di sini semalam.

Skuad negara bimbingan jurulatih Simon Botha dan Zuraidi Puteh itu dibarisi Fairul Izwan Abd Muin dan Muhammad Hizlee Abdul Rais manakala Filipina diwakili Marcelito Pancho dan Morales Angelo.

Aksi final yang mengambil masa hampir tiga jam itu bermula dengan Malaysia membuat mata pembukaan 1-0 sebelum menambah mata demi mata mendahului pasu- kan lawan sehingga tamat perlawanan.

Kemahiran kedua-dua atlet negara membuat balingan bola memainkan peranan penting sebagai faktor penyumbang emas tambahan sepertiman­a disasarkan skuad boling padang iaitu empat emas.

Perlawanan disudahi dengan Malaysia menambah tiga mata tambahan pada ends ke-15 manakala Filipina menambah satu mata pada ends ke-17 dengan mata penyudah 20-13.

Sebelum ini, tiga pingat emas acara boling padang diraih melalui acara triples lelaki dan wanita serta fours wanita.

Muhammad Hizlee yang ditemui selepas perlawanan itu menzahirka­n rasa syukur dan penghargaa­n kepada semua pihak yang tidak henti memberi sokongan moral kepadanya untuk terus mencipta nama dalam acara itu.

“Usaha dan pengorbana­n selama ini berbaloi... kami lalui latihan yang ambil masa lama dan kemenangan hari ini amat bermakna sekali,” kata atlet berusia 28 tahun itu.

Muhammad Hizlee sebelum ini mengutip pingat emas di World Champion of Champions (2012) dan pingat perak di Sukan Komanwel Glasgow (2014).

Kalungan pingat disempurna­kan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Muhammad Hizlee (kiri) dan Fairul Izwan meraikan kejayaan bersama pingat emas masing-masing dalam acara akhir boling padang pairs lelaki.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Muhammad Hizlee (kiri) dan Fairul Izwan meraikan kejayaan bersama pingat emas masing-masing dalam acara akhir boling padang pairs lelaki.
 ??  ?? TERBAIK:
TERBAIK:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia