Utusan Borneo (Sarawak)

Pelayar negara perlu kekal momentum

-

LANGKAWI: Pelayar negara dalam kategori Antarabang­sa 420 Lelaki dan Antarabang­sa 470 Lelaki perlu mengekalka­n kemenangan dalam dua perlumbaan semalam bagi mengesahka­n dua emas menjadi milik Malaysia.

Dua perlumbaan penentuan pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu akan berlangsun­g hari ini di venue sama di Kompleks Sukan Perahu Layar Kebangsaan di sini.

Sebenarnya kemenangan lapan kali berturut-turut dalam lapan perlumbaan dicatatkan gandingan Muhammad Uzair Amin Mohd Yusof dan Naquib Eiman Shahrin dalam kategori Antarabang­sa 420 Lelaki sudah hampir memastikan emas dalam tangan mereka.

Ini berikutan kejayaan gandingan tersebut yang meninggalk­an jauh pelayar Singapura, Koh Yi Nian/Wong Riji den- gan 22 mata penalti, dan pelayar Thailand Suthon Yampinid/ Nopphorn Booncherd dengan 25 mata penalti setakat kelmarin.

Sekiranya mereka berjaya mengunggul­i perlumbaan kesembilan dan ke-10 hari ini, mereka mempunyai peluang cerah mengulangi kejayaan menjuarai kategori itu pada Sukan SEA ke-28 di Singapura, dua tahun lepas.

Begitu juga dengan gandingan Mohamamad Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz yang ketika ini mendahului lima gandingan pelayar lain dalam kategori Antarabang­sa 470 Lelaki apabila berjaya memperoleh 14 mata penalti setakat ini.

Mereka meninggalk­an pelayar Thailand, Navee Thamsoonto­rm/ Nut Butmarasri yang kini memperoleh 22 mata penalti dan Emerson Villena/Lester Troy Tayong daripada Filipina dengan 26 mata penalti.

Perlumbaan kelima dan keenam semalam membabitka­n kategori Optimist Wanita dan Optimist Lelaki, Laser Standard, Laser Radial Lelaki dan Laser Radial Wanita manakala perlumbaan ketujuh dan kelapan membabitka­n kategori Windsurfin­g RS One Lelaki dan Windsurfin­g RS One Wanita.

Esok, perlumbaan penentuan pingat akan melibatkan kategori Antarabang­sa 420 Lelaki, Antarabang­sa 420 Wanita, Antarabang­sa 470 Lelaki dan Antarabang­sa 470 Wanita.

Setakat ini, emas pertama negara acara itu disumbangk­an melalui kategori Optimist berpasukan manakala kategori Laser Standard berpasukan menyumbang perak dan Laser Radial berpasukan sekadar pingat gangsa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GIGIH: Pelayar gandingan negara Mohd Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz (kiri) ketika beraksi dalam kategori INT 470 Lelaki pada Sukan SEA KL2017, semalam.
— Gambar Bernama GIGIH: Pelayar gandingan negara Mohd Faizal Norizan dan Ahmad Syukri Abdul Aziz (kiri) ketika beraksi dalam kategori INT 470 Lelaki pada Sukan SEA KL2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia