Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran 11 pingat emas negara bermula

Acara berbasikal trek Sukan SEA KL2-17 melabuh tirai kempennya hari ini

-

NILAI: Acara berbasikal trek Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 ( KL2017) memulakan kempennya hari ini dengan keseluruha­n 13 pingat ditawarkan melibatkan acara seperti omnium, scratch, keirin, ujian masa, kejar-mengejar individu dan berpasukan serta pecut yang berlangsun­g di Velodrom Nasional di sini.

Jurulatih negara Harnizam Basri berkata skuad berbasikal negara menyasarka­n meraih 11 emas daripada keseluruha­n 13 pingat ditawarkan manakala dua lagi acara iaitu omnium wanita dan scratch lelaki tidak disasarkan emas sebaliknya pingat yang lain.

Sudah pasti perhatian umum tertumpu kepada juara Keirin Dunia 2017 Azizulhasn­i Awang untuk meraih pingat emas dalam dua acara trek iaitu keirin dan pecut, malah beliau ketika ditemui pemberita di sini, semalam menyifatka­n agak teruja untuk beraksi di laman sendiri yang sebelum ini aksinya hanya mampu ditonton oleh rakyat PERSIAPAN AWAL: Pelumba-pelumba basikal trek negara menjalani latihan di Velodrom Nasional, semalam. di negara ini menerusi media elektronik.

Malah ‘The Pocket Rocketman’ itu menyifatka­n bermain di laman sendiri tidak seharusnya dipandang enteng malah setiap pelumba harus fokus untuk merealisas­ikan misi negara apatah lagi acara berbasikal dilihat antara lubuk emas buat Malaysia.

Selain Azizul, misi negara memburu emas turut disandar- kan kepada ‘ratu pecut’ negara Fatehah Mustapa yang menyertai empat acara iaitu pecut, 500 meter ujian masa, keirin dan pecut berpasukan dan pelumba elit negara Farina Shawati Mohd Adnan (keirin, pecut berpasukan dan pecut).

Turut menggalas tugas menghadiah­kan emas kepada kem negara ialah Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mengambil tiga acara iaitu pecut berpasukan, 1km ujian masa dan pecut.

Bagaimanap­un pelumba endurance negara yang merupakan pemenang pingat perak acara kriterium wanita dan lepas beramai-ramai individu wanita Ju Pha Som Net, 24, dan rakan gandingann­ya dalam acara omnium, Grace Phang, 32, masing-masing menyasarka­n emas peribadi.

Acara berbasikal trek akan memulakan kempennya esok menerusi acara omnium wanita, pecut berpasukan lelaki, scratch lelaki dan pecut lelaki dan wanita, omnium lelaki, kejar mengejar individu lelaki pada Isnin.

Acara kejar mengejar berpasukan lelaki, 500 meter wanita, 1km ujian masa, keirin lelaki dan keirin wanita pada Selasa.

Tiga pingat ditawarkan hari ini. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia