Utusan Borneo (Sarawak)

Gelagat penyokong Malaysia curi tumpuan

-

KUALA LUMPUR: Gelagat sekumpulan kecil penyokong Malaysia yang memberi sokongan kepada atlet Indonesia, Agus Prayogo, sewaktu acara olahraga Sukan SEA ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini ternyata mencuri perhatian penonton.

Mereka dilihat tidak putus-putus memberi semangat kepada Agus yang memenangi pingat emas acara 10,000m sejak beliau memulakan larian malah ada yang membawa sepanduk yang tertera nama ‘Agus’.

Tiada wakil Malaysia yang beraksi dalam acara itu.

M e n u r u t s e o r a n g penyokong, Arrina Mohd, 37, kesemua mereka adalah komuniti pelari maraton yang hadir bagi memberi sokongan kepada Agus yang dianggap idola mereka dalam acara itu.

Katanya, kira- kira 30 penyokong yang merupakan sebahagian daripada komuniti maraton di Malaysia merangkumi ‘Kyserun krew’ my365 runners’, Pacemaker Malaysia, Extra Fit dan Volt Runner hadir menyaksika­n idola mereka itu beraksi malam ini.

“Maraton adalah minat kami dan sangat mengagumi Agus Prayogo kerana beliau merupakan antara pelari yang mempunyai larian unik di rantau ini,” kata eksekutif syarikat swasta itu.

Ditanya bagaimana beliau mengenali Agus, Arinna mula membina tali persahabat­an bersama Agus sejak menyertai kejohanan Bali Maraton beberapa tahun yang lepas.

Agus memenangi emas dengan catatan masa 30.22.26 saat diikuti pelari Vietnam, Nguyen Van Lai yang meraih perak (30.45.64s) manakala Sanchai Namkhet merangkul gangsa (30.54.86s). — Bernama

 ??  ?? AGUS
AGUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia