Utusan Borneo (Sarawak)

“Saya sudah jangka Grace bakal jadi juara”: Tee Kue

-

Menurut Gerald, kejohanan berlangsun­g dari 25 hingga 27 Ogos itu sangat baik terutamany­a bagi golongan belia daerah itu di luar bandar mempamerka­n bakat masingmasi­ng dalam sukan futsal.

“Terima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerana menganjurk­an kejohanan futsal di Betong yang disertai 11 pasukan dari seluruh Sarawak.

“Ini sesuatu yang baik untuk Betong terutama bagi kalangan belia di sini untuk mempamerka­n bakat-bakat dan beriadah dalam aktiviti sukan. Penganjura­n ini juga dapat membantu membawa pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya pada perasmian kejohanan itu di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Gerald turut menyaranka­n kepada Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) agar membawa lebih banyak program pembanguna­n di daerah Betong pada masa akan datang.

Menurutnya, ini penting agar pembanguna­n sukan bola sepak atau futsal di Betong seiring dengan bahagian-bahagian negeri ini.

“Pada masa sama, program yang dilaksanak­an secara berterusan di Betong dapat menjadi landasan menyatupad­ukan masyarakat berbilang bangsa dari tiga kawasan DUN Layar, Bukit Saban dan Saribas,” jelasnya.

Sementara itu, beberapa pasukan dilihat mampu mencabar kejuaraan Kejohanan Futsal Piala Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan 2017 (Bawah 20 Tahun) menutup tirai malam ini.

Selepas berakhir peringkat kumpulan, juara bertahan Kuching sekali lagi diletakkan pilihan utama untuk mengekalka­n dominasi pada temasya tersebut dengan memenangi semua tiga perlawanan Kumpulan C kategori lelaki.

Begitupun peluang seteru utama Kuching, Samarahan juga tidak harus dipandang sepi selepas menguasai kedudukan teratas Kumpulan A hasil kutipan tujuh mata.

Persaingan Kumpulan B pula memperliha­t Mukah mara ke pusingan seterusnya untuk turut serta memberikan cabaran.

Pasukan-pasukan lain yang mara termasuk tuan rumah Betong, Sri Aman, Serian dan Bintulu.

Dalam kategori wanita, Kuching turut berpeluang merangkul kejuaraan selepas mendominas­i Kumpulan B untuk mara ke peringkat ‘kalah mati’.

Sibu juga berpeluang men- cabar kejuaraan dengan meraih enam mata dalam kumpulan sama. Turut mara ke peringkat ‘kalah mati’ Miri, Serian, Mukah, Bintulu, Limbang dan Sri Aman.

ADUN Saribas, Mohd Radzi Sitam akan merasmikan majlis penutupan kejohanan malam ini. KUCHING: “Saya sudah lama mengesan potensi Grace dan yakin beliau bakal menjadi juara suatu hari nanti,” kata bekas jaguh baling tukul besi negara, Wong Tee Kue.

Telahan Tee Kue, 53, mengenai potensi anak saudaranya Grace Wong nyata tepat apabila atlet berusia 17 tahun itu berjaya meraih pingat emas dengan memecahkan rekod Sukan SEA melalui balingan sejauh 59.24m di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis lalu (24 Ogos).

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata kejayaan diraih Grace sekali gus memperbaik­i pencapaian pingat gangsa pada Sukan SEA Singapura sebelum ini pastinya mengubat duka pasukan negara sudah lama gagal meraih pingat emas acara tersebut.

“Saya bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya Malaysia memenangi kembali dua pingat emas dan mencipta rekod baharu pada Sukan SEA kali ini seterusnya meneruskan kesinambun­gan kejayaan pasukan negara dalam acara itu,” katanya.

Atlet lelaki acara sama, Jackie Wong turut meraih emas selepas memecahkan rekod kejohanan dengan catatan 65.90m sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun kilauan emas selepas kali terakhir dilakukan Tee Kue pada 2001 di Kuala Lumpur. — Bernama

Terima kasih kepada Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah kerana menganjurk­an kejohanan futsal di Betong yang disertai 11 pasukan dari seluruh Sarawak. Gerald Rentap Jabu Ahli Dewan Undangan Negeri Layar

 ??  ?? RASMI: Gerald (tiga kiri) bersedia merasmikan kejohanan futsal.
RASMI: Gerald (tiga kiri) bersedia merasmikan kejohanan futsal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia