Utusan Borneo (Sarawak)

Hasrat jadikan S’wak kuasa sukan basikal tidak mustahil

-

MIRI: Hasrat menjadikan Sarawak kuasa besar dalam sukan berbasikal bukan misi mustahil malah boleh dicapai dengan pencarian bakat-bakat baharu di seluruh Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata acara berbasikal antara penyumbang pingat emas kepada negara yang perlu diberi perhatian.

“Kita percaya Sarawak mampu melahirkan ramai atlet berbasikal berpotensi diketengah­kan melalui pencarian jerayawara dan promosi acara basikal di seluruh Sarawak,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menganjurk­an siri jerayawara berbasikal meliputi beberapa bandar utama seperti Kuching, Sibu, Miri, Serian dan Sri Aman.

Lokasi pertama jerayawara itu di Sibu pada 19 Ogos lalu di Dataran Bandar Sibu dan Stadium Terbuka Miri semalam mendapat sambutan memberangs­angkan.

“Jerayawara ini dapat mencungkil bakat-bakat baharu selain sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Sarawak (SukSar) diadakan pada pertengaha­n Disember nanti,” jelasnya.

Tambahnya, atlet- atlet berbasikal mencapai keputusan cemerlang pada SukSar diserapkan dalam pasukan berbasikal Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

“SSC akan memilih 20 atlet setiap empat zon meliputi zon utara, tengah, barat dan selatan dan mereka bertanding ke SukSar seterusnya ke SUKMA jika mencapai prestasi terbaik,” katanya.

SSC juga memanfaatk­an sepenuhnya jerayawara tersebut mengumpul bakatbakat muda selain menarik minat golongan belia terhadap sukan berbasikal.

Jerayawara bermula jam 10 pagi hingga 5 petang itu padat dengan pelbagai aktiviti seperti pengenalan sukan berbasikal dan sesi praktikal dan demonstras­i pengecaman bakat (TID).

Ia dikendalik­an oleh ketua jurulatih berpengala­man kelahiran Afrika Selatan, Leon Scheper sambil dibantu penolong jurulatih mencari pelumba berpotensi diserapkan dalam skuad bayangan SUKMA Sarawak.

Selepas Sibu dan Miri, jerayawara itu kemudian meneruskan misinya ke Sri Aman, Serian dan Kuching.

 ??  ?? BERBAKAT: Lee (lima kanan) menunjukka­n tanda bagus bersama atlet-atlet berbasikal serta jurulatih dan penolong jurulatih pada jerayawara di Miri semalam.
BERBAKAT: Lee (lima kanan) menunjukka­n tanda bagus bersama atlet-atlet berbasikal serta jurulatih dan penolong jurulatih pada jerayawara di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia