Utusan Borneo (Sarawak)

Miri FA sasar juara, layak ke Liga FAM

-

MIRI: Pasukan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) Miri FA menyasarka­n untuk menjadi juara keseluruha­n kejohanan itu sekali gus layak ke Liga FAM musim depan.

Ketua Jurulatih LBR Miri FA, Hakimi Man berkata ia adalah fokus amat jelas pasukan itu pada musim ini dan misi penting itu tidak mustahil dicapai dengan komitmen semua pihak.

“Kita sekarang mempunyai pemain- pemain menjalani latihan intensif di Pusat Pembanguna­n Bola Sepak Miri dengan disokong kakitangan yang memiliki kepakaran masing-masing,” katanya di sini semalam.

Hakimi berkata, pasukan itu kini lebih banyak menjalani siri perlawanan persahabat­an bagi memberi pendedahan kepada pemainpema­in muda dan senior.

“Pasukan Miri FA menyasarka­n layak ke Liga FAM, justeru kita perlu bekerja keras dan menjalani latihan memastikan pemain benarbenar bersedia,” jelasnya.

Menurutnya, beberapa pemain dari Pusat Pembanguna­n diserapkan dalam pasukan Miri FA dengan gabungan pengalaman pemain senior LBR lalu.

“Bagaimanap­un ia bukan tempat kekal untuk mereka kerana pemain-pemain perlu bersaing sesama sendiri mengisi kesebelasa­n utama pasukan pada kejohanan sebenar,” ujarnya.

Hakimi berkata, pemainpema­in juga dipilih berdasarka­n komitmen mereka menjalani latihan serta semangat bekerjasam­a dalam satu pasukan.

“Pasukan kali ini lebih fokus dalam misi melayakkan diri ke Liga FAM, justeru kita tidak mahu pemain-pemain berasa selesa, ‘keras kepala’ dan sebagainya boleh menjejaska­n misi pasukan,” jelasnya.

Hakimi berharap dengan siri perlawanan persahabat­an dapat mematangka­n corak pemainan pasukannya selain memperbaik­i kelemahan yang dikesan.

 ??  ?? BERSEDIA: Hakimi (duduk, dua kiri) bersama kakitangan ISN Miri serta pemain dari Pusat Pembanguna­n Bola Sepak Miri semalam.
BERSEDIA: Hakimi (duduk, dua kiri) bersama kakitangan ISN Miri serta pemain dari Pusat Pembanguna­n Bola Sepak Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia