Utusan Borneo (Sarawak)

Regata Baram: Acara lumba perahu mulakan saingan

-

MARUDI: Acara lumba perahu berkayuh memulakan saingan dengan acara pertama kayuh 25 lelaki terbuka bagi merebut Piala Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Regata Baram 2017 semalam.

Diikuti kayuh 10 Wanita terbuka merebut Piala Liwan Lagang dan seterusnya Piala Dennis Ngau bagi acara kayuh 30 lelaki tertutup.

Sebanyak 16 acara kayuh lumba perahu berlangsun­g semalam di samping Perarakan Perahu Berhias.

Acara-acara lain ialah kayuh lelaki 15, kayuh tidak terhad, kayuh 15 wanita, kayuh 30 lelaki, kayuh 15 wanita dan kayuh 20 campuran (lelaki dan wanita).

Kayuh lelaki (terbuka) dan selepas Perarakan Perahu Berhias iaitu kayuh lelaki 15, 10 wanita dan 20 lelaki.

Bagi acara 25 lelaki kayuh terbuka, Nur Rahman 3 muncul juara, diikuti naib juara ialah Ular Tedung kepunyaan Terawan/ Mulu dan tempat ketiga Erang Dih Madang dari Kampung Long Panai.

Kayuh 10 wanita terbuka, juara dimenangi Tedung Melancar, naib juara Nagasaki kepunyaan Long Terawan/ Mulu dan tempat ketiga Eda Beran miliki ASP Paul Paran dan Temenggung Elizabeth Deng dari Long Laput.

Sementara acara 30 kayuh lelaki tertutup, juara dimenangi Puteri Nibong E.3, naib juara Nagasaki dan tempat ketiga Erang Dih Madang.

Hadiah pemenang disampaika­n oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Gerawat Gala dan turut disaksikan oleh ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil dan Ahli Parlimen Baram, Anyi Ngau serta ketua-ketua masyarakat.

 ??  ?? TAHNIAH: Datin Esther mewakili pasukan Tedung Melancar menerima hadiah daripada Gerawat.
TAHNIAH: Datin Esther mewakili pasukan Tedung Melancar menerima hadiah daripada Gerawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia