Utusan Borneo (Sarawak)

Johor sasar pelancong Muslim dari China

-

Kiong yakin pelbagai tarikan yang ada di negeri itu mampu menarik pelancong Muslim dari kedua-dua wilayah berkenaan.

“Dari segi agama dan budaya, kita ada persamaan. Kita ada masjid, surau dan restoran halal yang boleh menarik minat mereka untuk mengetahui secara dekat budaya dan agama kita,” kata beliau kepada Bernama dan The Star di Gannan, China, baru-baru ini.

Tee mengetuai misi perdaganga­n ke Xinjiang dan Gansu bersama 10 anggota delegasi yang mewakili beberapa agensi kerajaan negeri sejak 17 Ogos hingga 23 Ogos. Mengulas lanjut, beliau berkata Johor juga boleh memanfaatk­an keindahan pulau serta pantainya selain taman tema untuk menarik pelancong Islam dari wilayah berkenaan.

“Wilayah Gansu mempunyai 23 juta penduduk yang sebahagian besar beragama Islam sementara 60 peratus daripada 25 juta penduduk di Wilayah Xinjiang adalah orang Islam, sekali gus menawarkan potensi besar kepada Johor,” kata Tee.

Pelancong China lazimnya berkunjung ke Malaysia bermula pertengaha­n Julai hingga Ogos yang merupakan musim sejuk di negara berkenaan.

Menurut Tourism Malaysia, Johor merekodkan ketibaan 4.9 juta pelancong bagi tempoh Januari hingga September 2016 dengan 1.81 juta adalah pelancong antarabang­sa.

Terdahulu, Tee melawat Anduo Group, pengeluar produk makanan dan barangan berasaskan yak dan kambing tibet, serta Hualing Industrial Group yang mengeluark­an produk berasaskan susu yak.

Selain itu, delegasi turut dibawa melawat ladang penternaka­n yak dan kambing tibet di padang rumput berdekatan.

Gannan yang tersenarai antara 50 tempat yang harus dikunjungi di dunia, diliputi padang rumput seluas 6.6 juta ekar (1 ekar=0.4 hektar) dan merupakan kawasan padang rumput kelima terbesar di China.

Dalam kunjungan itu, delegasi turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Datuk Bandar Gannan, Fan Wude. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia