Utusan Borneo (Sarawak)

aktor dengan bayaran tertinggi

-

Mark Wahlberg melonjak ke tempat teratas dalam senarai tahunan majalah Forbes bagi pelakon-pelakon dengan pendapatan tertinggi di dunia yang mengetenga­hkan ketaksamaa­n yang sangat ketara di antara bintangbin­tang lelaki dan wanita di Hollywood.

Wahlberg, 46 tahun, memperoleh­i kira-kira AS$68 juta (RM306 juta) pada 2017 hasil pendapatan­nya untuk filem-filem ‘Daddy’s Home 2’ dan ‘Transforme­rs: The Last Knight’, menurut ranking Forbes yang dikeluarka­n awal minggu ini.

Penyanyi rap yang menjadi pelakon itu menggantik­an tempat pendahulu pada 2016, Dwayne “The Rock” Johnson, yang menduduki tempat kedua, dengan anggaran pendapatan sebanyak AS$65 juta (RM293 juta) pada 2017.

Forbes menganggar­kan pendapatan, sebelum cukai dan bayaran pengurusan, dari filem, TV dan pengendosa­n komersil. Senarai Forbes

sekali lagi mengetenga­hkan jurang gaji jantina di Hollywood. Pada minggu lepas, majalah itu menamakan pemenang anugerah Oscar bagi filem ‘La La Land’, Emma Stone, sebagai aktres berpendapa­tan tertinggi di dunia dengan anggaran perolehan AS$26 juta (RM117 juta) pada 2017.

Forbes berkata 10 pelakon lelaki utama dengan pendapatan tertinggi memperoleh­i jumlah keseluruha­n AS$488.5 juta (RM2.2 bilion) sebelum cukai dalam tempoh pendapatan Jun 2016-Jun 2017, hampir tiga kali ganda lebih banyak berbanding AS$172.5 juta (RM776.3 juta) yang diperolehi 10 wanita dengan pendapatan tertinggi.

Forbes mengaitkan perbezaan itu dengan filem blockbuste­r aksi dan adiwira yang berleluasa dan mengaut keuntungan yang tinggi di box office bagi studio di Hollywood tetapi cenderung untuk tidak memberi watak utama kepada wanita.

Bintang ‘Pirates of the Caribbean’, Johnny Depp, yang selama bertahunta­hun berada dalam kelompok lima pelakon berpendapa­tan tertinggi, tidak tersenarai dalam kelompok 20 teratas pada tahun ini, kata Forbes.

Depp kini terbabit dalam satu tuntutan mahkamah yang pahit dengan bekas-bekas pengurus perniagaan­nya yang telah memperinci­kan apa yang mereka sebut sebagai tabiatnya yang suka berbelanja sakan.

Pada Disember lalu, sebelum pengeluara­n ‘Pirates of the Caribbean; Dead Men Tell No Tales’ pada Mei 2017, Forbes menamakan Depp sebagai pelakon utama yang menerima pendapatan terlalu tinggi buat tahun kedua berturut-turut selepas filem seperti ‘Alice Through the Looking Glass’ dan ‘Mortdecai’ tidak begitu berjaya.

Tiga bintang terbesar di Bollywood - Shah Rukh Khan (AS$38 juta), Salman Khan (AS$37 juta) dan Akshay Kumar (AS$35.5 juta) - masingmasi­ng menduduki tempat kelapan, kesembilan dan ke-10 dalam senarai Forbes.

Senarai lengkap dapat dilihat di

https://www.forbes. com/sites/natalierob­ehmed/2017/08/22/the-worldshigh­est-paid-actors-2017mark-wahlberg-leads-with68-million/#134f57793f­92

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia